SAHABAT

Thursday, September 06, 2012

Keputusan

Satu ke kiri, satu ke kanan
Satu ke bawah, satu ke atas
Apa yang dicari?
Mata mencari yang dihadapan mata

Simpulan semakin rapuh, lepuh
Robek lagi dek kerana bahasa spontan
Hilang akal?
Minda separa sedar menjajah diri

Meja perbincangan topik diutara
Selama ada sehingga buntu
Namun harus di iakan dan di tidakkan
Muncullah ketidaksefahaman

Imbas kembali memori lama
Ayat menusuk jiwa dan terpaku yang lalu
Bagaikan terkubur satu persatu
Lantas pahit dan manis berlalu laju

Satu ke kiri dan ke bawah
Keputusan tekad
Satu ke kanan dan ke atas
Pilihan dibuat



No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...