SAHABAT

Monday, August 27, 2012

Erat vs 'Kerat'



Sekadar Hiasan


Selamat Hari Raya sekali lagi, hari nie gua nak berbingkis pasal hubungan silaturrahim yang lama terjalin tetapi pada masa depannya ia bukan menjadi semakin erat tetapi semakin renggang. Apa yang gua nak highlightkan kat sini bukanlah orang nya ataupun bagaimana kisah itu terjadi tetapi bagaimana cara kita nak menjaga nilai silaturahim itu agar ia lebih erat dan kukuh walaupun jarang berjumpa ataupun terpisah sejak beberapa lama kesekiannya..

Ada sesetengah orang berkawan sejak kecil tapi apabila dah besar jadi makin renggang. Ada pulak yang dari kecil berkawan rapat dan bila dah besar jadi musuh. ada pula yang best kawan baik akhirnya jadi bini, jadi suami..hahaha..tu bagus!.Ada pulak yang berkesudahannya lagi baik, sampai dah macam adik beradik..sebab gua dah tengok situasi nie..serius adik beradik pon tak camtu.

Ihsan Google


Sebenarnya bagi gua tak susah nak menjaga silaturrahim tu tetapi kekadang orang mudah salah anggap tentang kesibukan kita, cara kita berhubung dan juga cara kita berjumpa atau terjumpa seseorang yang sudah lama kita tak berjumpa.Banyak benda yang kita lalui orang tak tahu, dan kita juga kekadang tak pernah tahu apa yang orang lalui. Mungkin bersebab apabila hubungan silaturrahim yang terjalin menjadi semakin renggang..mungkin sebab kita sendiri ataupun sebab empunya badan.

Gua tak kisah kalau orang nak kata gua sombong, sebab gua tahu apa gua buat dan mereka tak tahu apa gua buat. Tak semestinya kalau nak mengukuhkan ikatan tu seharusnya kita berjumpa selalu, dan tak semestinya renggangnya ikatan tu di sebabkan tidak berjumpa selalu. Bagi gua sekali dah konteks tu memang gua akan konteks, tak kira la dalam ‘medan perhubungan’ apa sekalipun.Tapi susah jugak kalau tak rapat, gua takut diorang buat muka bila berjumpa..haha..memang tak boleh nak elak.

Okeh..gua malas nak cakap banyak korang carilah sendiri bagaimana caranya agar ia menjadi lebih baik, gua bukan berniat nak memberi nasihat pedih yang mencengkam ulu hati., tetapi sekadar bingkisan apa yang juga gua lalui hari demi hari.

Sahabat kita kena cari lebih ramai dari apa yang ada kat muka bumi nie, sebab mereka lah korang boleh naik dan maju dan sebab mereka juga yang mampu menggembirakan hati korang. Siapa lagi yang nak sambut kejayaan korang dahulu kalau bukan kawan kawan, siapa lagi yang akan sedar korang ada masalah kalau bukan kawan kawan.Tapi yang nombor satu tu memang mak bapak, seken mestilah kekasih hati (itu untuk yang bujang dan masih berpacaran kayak gua).

P/s: Elak masam muka.tegor je..kalau malas tak payah!

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...