SAHABAT

Friday, February 03, 2012

Hargailah erti sebuah pengorbanan

Assalamualaikum,



Kisah menyayat hati tapi bila difikirkan ia sememangnya fitrah yang betul.setiap yang Allah jadikan itu berpasangan. Setiap pasangan kerap melakukan dan mereka tidak boleh mengelak dari melakukannya.kadang-kadang pasangannya perasan kekadang tidak.Mungkin dia cuba bagi peluang yang kedua untuk pasangannya.ataupun yang ketiga.ataupun yang keempat. ataupun yang terakhir.Tidak semua kesilapan yang dibuat boleh diterima oleh setiap manusia.sebab manusia mempunyai satu tahap kepuasan dan kesabaran mereka sendiri.Al kisah mengenai pensel dan pemadam haruslah di ambil sebagai contoh,

PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : untuk apa awak minta maaf? awak tak buat salah dengan saya pun.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya awak selalu cedera. Setiap kali saya buat silap awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya , awak akan kehilangan sebahagian dari diri awak, awak..awak.. semakin mengecil.

PEMADAM : Takpe, saya tak kisah langsung tentangnya, kerana saya hanya mahu sentiasa berada disisi awak, temani awak dan paling penting saya memang diciptakan untuk membetulkan kesilapan yang awak buat, walaupun suatu hari nanti saya tahu saya pasti akan pergi dari dunia nie, saya bangga dengan kerja saya nie. Jadi jangan risaukan saya la, sebab saya benci tengok awak bersedih..

P/s: Pemisah hak dan batil adalah daripada hati kita sendiri.(dekat sebulan tak menaip nie)

1 comment:

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...