SAHABAT

Saturday, February 11, 2012

Love and Law

Assalamualaikum



Seringkali kita ade dengar yang cinta nie ade bermacam-macam maksud. dan mengikut deskripsi serta terjemahan bermacam-macam orang.baik lelaki atupun permpuan.tau tak sebab kenapa?yang penting itu aq tak pasti, so kena la banyak buat research.Ok aq nak cerita pasal 'bercinta tapi kena ikut law' .haa..macam rumit kan..bagi aq cinta tak perlukan law.sebab kalau ade law pun korang bukan ikut pun.law kat Malaysia pun ko tak boleh nak ikut lagi la nak ikut law cinta. Malaysia oh Malaysia.

Tapi satu benda je kalau korang boleh ikut, law yang memang akan memudaratkan duit poket korang, kebahagiaan korang, kebebasan korang dsb.Contohnya; buang sampah merata-rata, pastu kompaun, kompaun, kompaun..kalau nampak orang yang buang sampah tu tak pe la. kalau tak nampak. alamat sampah dah bertimbun-timbun tapi tak de orang pun yang pernah kena kompaun sebab buang sampah kat situ.so ramai ke orang yang buang dalam tong sampah, bayi pun orang buang merata.Oops!!..oke straight to main part.

tumblr
Cinta ber'law' nie bukanlah aq nak menentang tegahan-tegahan agama .maksud aq kat sini bukan lah law-law yang berunsurkan keagamaan, yang aq nak tekankan tentang law untuk mencintai seseorang, status terkini kau sebelum bercinta?, sudah berapa kali bercinta?, ada pengalaman ke tak ade?, bape kali 'break'?, pendapatan ko sebulan?, dah cukup umur ke belum?, ko dah jumpe mak bapak die ke?.etc.cuba korang bayangkan ape yang akan terjadi sekiranya kerajaan mengeluarkan law-law untuk orang yang nak bercinta, sama macam nak beli kereta.

1.Bercinta macam nak beli kereta,

"Salam encik, saya nak bercinta dengan Dhia la, boleh tak?"

"Salam..boleh kalau nak bercinta dengan Dhia.tapi boleh tunjuk slip gaji tak, kad pengenalan dan lesen".(yela nak bawak anak orang jalan-jalan nanti)..wakaka.

2.Kalau bercinta macam mintak kerja.

"Salam, encik saya dengar kat sini ada hati yang bernama Dhia yang masih kosong.saya ingat nak memohon untuk mengisi kekosongan tu la.boleh bagi saya chance tak?"

"Eh boleh-boleh, err tapi encik nie ade pengalaman bercinta tak?saya bukan ape kalau encik takde pengalaman susah la nak mengisi kekosongan hati Dhia tu."
hahahaha..



3.Bercinta macam langgar lampu isyarat merah,

"Encik mintak berhenti ditepi jalan ."

"Eh kenapa nie encik?"

"Eh! encik nie. buat-buat tak tau plaq, encik tadi dah langgar hati Dhia tadi. so saya kena saman encik la sebab telah membuat kesalahan bercinta."

"Oh damn!!saya mintak maaf encik, tapi tolong jangan saman saya.

"dah lambat, Law is law. "

4.Bercinta seperti join Armed Forces

"Ok sebelum kamu bercinta dengan Dhia, kamu akan diuji dari segi kecergasan mental dan fizikal, tahap IQ kamu, dan paling penting kamu mesti bersemangat tinggi dan jangan putus asa"

"Alamak, semua tu kena buat ke stap?"

"Yela, kalau kamu tak minat baik kamu berambus, tak de orang anta tepak sireh kat umah ko suh bercinta dengan Dhia nie."

"Arghhh!!!"

haduhh.susah nak bercinta camnie.lagi banyak cabaran ko tau!

Itu baru bab law-law kehidupan kat dunia yang aq relatekan dengan bercinta. cuba bayangkan pulak kalau bab-bab akhirat, hukum hudud bagi pesalah-pesalah yang menghancurkan cinta, yang mempermainkan cinta, tidak bercinta langsung, bercinta lebih dari sepuluh kali, bercinta dengan ramai orang, bercinta dengan bini orang.etc. dah aq tak nak merepek panjang-panjang

P/s: Ingat pada-Nya selalu, walaupun sekejap.

Thursday, February 09, 2012

Oh Bulan - malam 17 Rabi'ulawal 1433H









Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidur Rasul : Khutbah terakhir Rasulullah

Assalamualaikum

Sepertimana tahun-tahun yang sebelum nya yang hidup akan terus dapat meraikan sambutan hari kelahiran nabi junjungan kita.Ini lah kesempatan yang diberikan Allah untuk kita terus mencontohi Rasulullah dan menuruti apa yang disampaikannya.Insyaallah

Sumberdarigoogle


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W


"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

sumber: Islam2u

Friday, February 03, 2012

Hargailah erti sebuah pengorbanan

Assalamualaikum,



Kisah menyayat hati tapi bila difikirkan ia sememangnya fitrah yang betul.setiap yang Allah jadikan itu berpasangan. Setiap pasangan kerap melakukan dan mereka tidak boleh mengelak dari melakukannya.kadang-kadang pasangannya perasan kekadang tidak.Mungkin dia cuba bagi peluang yang kedua untuk pasangannya.ataupun yang ketiga.ataupun yang keempat. ataupun yang terakhir.Tidak semua kesilapan yang dibuat boleh diterima oleh setiap manusia.sebab manusia mempunyai satu tahap kepuasan dan kesabaran mereka sendiri.Al kisah mengenai pensel dan pemadam haruslah di ambil sebagai contoh,

PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : untuk apa awak minta maaf? awak tak buat salah dengan saya pun.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya awak selalu cedera. Setiap kali saya buat silap awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya , awak akan kehilangan sebahagian dari diri awak, awak..awak.. semakin mengecil.

PEMADAM : Takpe, saya tak kisah langsung tentangnya, kerana saya hanya mahu sentiasa berada disisi awak, temani awak dan paling penting saya memang diciptakan untuk membetulkan kesilapan yang awak buat, walaupun suatu hari nanti saya tahu saya pasti akan pergi dari dunia nie, saya bangga dengan kerja saya nie. Jadi jangan risaukan saya la, sebab saya benci tengok awak bersedih..

P/s: Pemisah hak dan batil adalah daripada hati kita sendiri.(dekat sebulan tak menaip nie)

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...