SAHABAT

Sunday, December 11, 2011

Inilah Kehidupan

pray?

Sejak kecil lagi kita menjalani kisah hidup yang berbeza tanpa pengetahuan sesiapa pun, hanya kita saja yang tahu kisah hidup dan cerita dalam hidup kita .tangan kita dipimpin dari sejak kecil sehingga lah kau boleh berfikir tentang sesuatu yang baik dan buruk. zaman persekolahan yang kau tempuhi, setiap silibus pelajaran bertukar ganti. dari yang mudah kepada yang susah. dari satu teori hinggalah formula-formula yang memeningkan kepala.banyak kenangan pahit dan manis yang kita lalui hingga kan mampu menulis sebuah buku yang tebalnya 5 atau 6 inci.walaupun tidak sehebat mana pengalaman itu tetapi bagi kau ia cukup bermakna, cukup bermakna.ya! kau beda lakukan apa saja, asalkan kau puas dalam hidup . hidup semasa kecillah perlu dinikmati dan diterokai. kau berhak sahabat!  

Kemudian kau semakin meningkat remaja, kau perlukan keseronokan yang maksimum mengikut level kau. tapi kau tidak sedar betapa keseronokan itu , memakan hidup kau sedikit demi sedikit, dan mula menimbulkan satu sifat yang bernama "kurang ajar", . sifat yang membantu kau lari daripada kongkongan minda dan fizikal dari si Tua. kau rajin mengherdik, rajin mencelah, tidak suka memanaskan telinga, bergelumang dengan hawa nafsu yang persetan. kenapa itu yang kau pilih ? mungkin dorongan hidup kau yang tidak jelas ataupun bermula dari persemaian benih yang tidak dijaga seeloknya.but people believe the behavior can can, and it start from ourself.tapi membanggakan bagi yang mempunyai misi yang jelas dalam hidup, kerana kau mencari sesuatu yang hakiki, yang nyata, bermatlamat tinggi dan produktif malah lebih menguntungkan . mengumpul sijil-sijil yang menjadi kebanggan kau, spm bukan lah sesuatu yang mudah berbanding ijazah atau master.kau bangga .tapi disinilah juga kau mengenal cinta, erti persahabatan sebenar, dan nilai sebuah keluarga.  

sumber
Kau dewasa dan perlukan teman hidup. jawapannya perkahwinan . bukan menghadap sesuatu yang tidak halal bagi kau atau lebih dikenali sebagai 'maksiat'. tapi lain orang lain caranya. senang saja kau perlukan pembimbing. pembimbing yang mampu menyedarkan kau betapa pentingnya sebuah kehidupan yang penuh dengan pengertian. jangan disebabkan sikap kau , kau menjadi gila. mengganggap perkahwinan suatu permainan. senang mengikat dan senang memutus . impikanlah kebahagiaan sehingga keakhir hayat , bina keluarga yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah .peliharalah benihmu, lindunginya dan siram secukupnya dengan ilmu akhirat dan duniawi. Insyaallah Dia sentiasa memerhatikan kau.  

Usia kau semakin dimamah dari zaman ke zaman , visi, misi atau matlamat dalam hidup kau seharusnya telah dicapai dengan rasa bangga dan penuh makna.sama ada kau sedar atau tidak , kau perlu bersedia untuk dijemput olehnya. kisah baik dan buruk kau semasa kecil kadang kala mengingatkan kau kepadaNya. begitu juga kisah kau mengharungi keremajaan dan terjerumus dalam bibit-bibit percintaan serta kisah perkongsian hidup kau dengan pasangan kau. perbanyakkanlah amalan kebaikan dan kutiplah pahala sebanyaknya, semoga semua kisah yang kau simpan didalam minda dan lipatan hidup kau menjadi satu cerita yang membuka mata generasi akan datang.

P/s: aq bukan bercerita perihal orang lain, it same goes to me

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...