SAHABAT

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #3

Samsung Galaxy W

vs
HTC Incredible s



Tuesday, December 13, 2011

You write questions, I'm write the answers.

Assalamualaikum..



Aq suke kalau orang tnye soalan.tapi actually aq tak suke menjawab.tak maksud aq bukan sombong la, ingat aq nie hot-stuff sangat ke.wakaka.jangan la korng tanye pasal subjek math.sakit pale wei.aq benci subjek tuh.tapi bukan benda tu aq nak cite.nie sume member punye pasal, nak tanya depan-depan malu.so kena tulis la.eleh blushing plaq.takpe aq jawab gaq.sory la lambat..chill k.!!

Ade 11 soalannye,

siapakah orang yang paling anda sayang ? kenapa?
:- kalau dalam dunia nie of course la mak aq, sebab mak aq lah segala-galanya bagi aq, mak aq masak sedap beb.thehehehe

hadiah yang paling anda inginkan. ?
:- cek kosong, tapi dah tandatangan.haha senang aq nak claims nanti.tinggal letak jumlah je.(pastikan ko betul-betul ada duit)..

first love awak siapa ? macam mane ley jatuh cinta ?
:- actually aq tak jumpe first love lagi, btw aq banyak ditemukan 'mereka' yang cuba aq sayang.


bunyi kentut awak kuat tak ?
:- apa punye soalan nieh? not bad la, sedang-sedang tahap periang tuh.

lepas makan, apa aktiviti awak?
:- konpem la cari air,hahaha

haiwan yang paling awak geli ? kenapa ?
:- setakat nie x jumpe lagi la.nope!

lagu yang awak selalu dengar ?
:- genre paling aq minat indie, tapi aq paling support yang local.so sume lagu aq dengar.

makanan kegemaran awak ? kenapa?
:- makanan free.orang belanja dan orang bagi.

awak cantik ke ? kenapa?
:- aq macho la, bukan canthek.i'm straight ok.

komen sikit belog saya ni boleh ?
:- boleh je.no problem.sory la kekadang tak BW ke sana.

bila kali pertama awak kenal saya ? dan apa perasaan dan first impression awak bile kenal saya ?
:- kite kenal kat fesbuk kan.hhaha. alot of story.perasaan?gembira sangat dapat kenal.make a lot friends.first impression?friendly-nye, yeah!! nak try tackle la.huhuhu.

P/s : Farrah Lina sory la, macam dah ter break the rules la.hehehe

Sunday, December 11, 2011

Inilah Kehidupan

pray?

Sejak kecil lagi kita menjalani kisah hidup yang berbeza tanpa pengetahuan sesiapa pun, hanya kita saja yang tahu kisah hidup dan cerita dalam hidup kita .tangan kita dipimpin dari sejak kecil sehingga lah kau boleh berfikir tentang sesuatu yang baik dan buruk. zaman persekolahan yang kau tempuhi, setiap silibus pelajaran bertukar ganti. dari yang mudah kepada yang susah. dari satu teori hinggalah formula-formula yang memeningkan kepala.banyak kenangan pahit dan manis yang kita lalui hingga kan mampu menulis sebuah buku yang tebalnya 5 atau 6 inci.walaupun tidak sehebat mana pengalaman itu tetapi bagi kau ia cukup bermakna, cukup bermakna.ya! kau beda lakukan apa saja, asalkan kau puas dalam hidup . hidup semasa kecillah perlu dinikmati dan diterokai. kau berhak sahabat!  

Kemudian kau semakin meningkat remaja, kau perlukan keseronokan yang maksimum mengikut level kau. tapi kau tidak sedar betapa keseronokan itu , memakan hidup kau sedikit demi sedikit, dan mula menimbulkan satu sifat yang bernama "kurang ajar", . sifat yang membantu kau lari daripada kongkongan minda dan fizikal dari si Tua. kau rajin mengherdik, rajin mencelah, tidak suka memanaskan telinga, bergelumang dengan hawa nafsu yang persetan. kenapa itu yang kau pilih ? mungkin dorongan hidup kau yang tidak jelas ataupun bermula dari persemaian benih yang tidak dijaga seeloknya.but people believe the behavior can can, and it start from ourself.tapi membanggakan bagi yang mempunyai misi yang jelas dalam hidup, kerana kau mencari sesuatu yang hakiki, yang nyata, bermatlamat tinggi dan produktif malah lebih menguntungkan . mengumpul sijil-sijil yang menjadi kebanggan kau, spm bukan lah sesuatu yang mudah berbanding ijazah atau master.kau bangga .tapi disinilah juga kau mengenal cinta, erti persahabatan sebenar, dan nilai sebuah keluarga.  

sumber
Kau dewasa dan perlukan teman hidup. jawapannya perkahwinan . bukan menghadap sesuatu yang tidak halal bagi kau atau lebih dikenali sebagai 'maksiat'. tapi lain orang lain caranya. senang saja kau perlukan pembimbing. pembimbing yang mampu menyedarkan kau betapa pentingnya sebuah kehidupan yang penuh dengan pengertian. jangan disebabkan sikap kau , kau menjadi gila. mengganggap perkahwinan suatu permainan. senang mengikat dan senang memutus . impikanlah kebahagiaan sehingga keakhir hayat , bina keluarga yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah .peliharalah benihmu, lindunginya dan siram secukupnya dengan ilmu akhirat dan duniawi. Insyaallah Dia sentiasa memerhatikan kau.  

Usia kau semakin dimamah dari zaman ke zaman , visi, misi atau matlamat dalam hidup kau seharusnya telah dicapai dengan rasa bangga dan penuh makna.sama ada kau sedar atau tidak , kau perlu bersedia untuk dijemput olehnya. kisah baik dan buruk kau semasa kecil kadang kala mengingatkan kau kepadaNya. begitu juga kisah kau mengharungi keremajaan dan terjerumus dalam bibit-bibit percintaan serta kisah perkongsian hidup kau dengan pasangan kau. perbanyakkanlah amalan kebaikan dan kutiplah pahala sebanyaknya, semoga semua kisah yang kau simpan didalam minda dan lipatan hidup kau menjadi satu cerita yang membuka mata generasi akan datang.

P/s: aq bukan bercerita perihal orang lain, it same goes to me

Saturday, December 10, 2011

#1 How he/she meet the gorgeous/fabulous?



1. No telefon.
Ini memang best kalau dapat, tapi lagi best kalau ade respon.tapi yang tak bestnye die gune maxis dan ko guna celkom atau sebaliknye.sebab 1 line nie senang skit. murah pun murah.mesti korang suka bile dapat no phone orang yang ko admire. ko dapat mesej, kol, mesej, kol..hahaha.mula-mula letak nama samaran je, ye la kan nak cover kang member duk sebuk nak tengok ngan sape ko selalu contact nie.nak ajak bersembang pun dah susah sekarang.ala biarla bukan member ko tak penah rase pun.thehehe.then lepas 2 3 minggu contact, ceh mula lak nak tukar name kat screen phone tu.huhuhu sayang, B, hahaha.whattever la..yela bile bab bibit-bibit percintaan mula berputik dalam diri korang.lebih kurang apa yang aku post aritu la. mula korang minat, then suka sama suka, pastu sayang, next cinta.ohh indahnye dunia.hope-hope boleh kekal lama la.lepas dah jumpa mula rasa rindu duk selubung dalam diri ko.apa tu ek??

2. Fesbuk
Zaman dah berubah, dunia dah maju so, fksbub memang sesuai untuk golongan yang mencari pasangan dalam dunia globalisasi nie.laman nie bagaikan satu anjakan paradigma untuk korang mendapatkan pasangan hidup.lebih-lebih lagi yang sebuk bekerja, takde masa nak cuci mata.tengok awek-awek kat luar.haha macam shopping awek plaq.tapi lad tak macam tu kot, aq sampai sekarang tak boleh nak predict lad-lad nie camne?tuggu la aq dapat sorang nanti .tapi orang tak sebuk kerja pun ade gaq.mcam memula kenal tu konpem start ngan chat, tak pun komen-komen.zaman tok nenek ataupun zaman mak bapak korang pun mne ade benda-benda nie sume.mak aq ngan bapak aq pun hujung-hujung negeri tau. tak guna pun fesbuk-fesbuk nie.tapi once korang dah dapat.perghh.time ko online je mesti nak pegi stalk die, tengok gambar, status,huhuhu..jatuh cinta lagi...lagi2 jatuh cinta..


3. Jumpa depan mata
Nie kira cinta pandang pertama la.orang kata cinta pandang pertama nie susah kita nak lupakan.tapi bape banyak orang yang bercinta sebab pandang pertama. tak semua kan?? tapi at least matlamat untuk dapatkan pasangan hidup korang tercapai.tak kisah la jodoh pertemuan ditangan Tuhan.kekadang cinta pandang pertama nie tempat dia macam kat sekolah, universiti, kedai makan, shopping kompleks, parti hari jadi, hospital, bank, pasar..arghh banyak sangat nak letak nie.tapi banyak tempat la kan.bile ternampak si jejaka/gadis idaman tu. perghh rasa nak kejar."hai nak kenal awak boleh?" itu pun kalau gentle bagi lelaki la.kalau perempuan. eee..bestnye kalau dapat jumpe dia lagi kan?kan?kan?

4. Member kenalkan
Hahaha.ini memang ko dah desperate sangat ke atau ko gatal nak cari gelpren/boypren. takpun ko dah mark dia masa ko ternampak dia berjalan dengan member ko aritu. since ko terasa sunyi, ko rasa perlukan seseorang yang boleh buat ko bahagia walaupun sekejap. tapi kekadang member punye pilihan nie kekadang true love gaq. tapi tak semua camtu.aq tau sebab aq pun pernah rase.kalau ko rasa dia tu ture love ko, so stay la dengan dia.member pun dah pikir yang terbaik untuk dia bagi kat ko. kalau tak orang tak panggil sahabat.

Wednesday, December 07, 2011

Wordless Wednesday #2

Alami setiap perubahan

If we shall take the GOOD we find, 
asking NO questions, 
we shall have HEAPING measures.
.: Ralph Waldo Emerson :.

Maksud die lebih kurang camnie la, kalau korang rasa korang perlu amek yang baek carilah ia, jangan persoalkan, sebaliknya kita perlulah menyusun langkah kearahnya supaya kita dapat melakukan kebaikan dengan berterusan.betul tak?

P/s: aq nie dh berubah ke?

Tuesday, December 06, 2011

Minat, Suka, Sayang ke Cinta.

Salam

rembat google
Minat - tafsiran yang membawa maksud sesuatu ada pada dirinya yang mampu membuatkan kita tertarik kepadanya.ia lebih kurang minat seseorang yang, tapi belum tentu ko minat semuanya pada dirinya.tapi ada sesuatu yg ko memang minat tentang dia, yang membuatkn ko teruja nak kenal dengan lebih dekat.tapi ko belum tentu dapat pun.at least ko akan cari info-info pasal dia nak menunjukkan ko memang betul-betul minat kat dia.macam aq minat kat Diana Danielle tuh..erkk..bleh dapat ke..haha aq nie harap muka je macho aq tak lekat pon.maybe kena mandi bunga sikit kot.sory gegurlzz..

Suka - ala macam suka kat orang yang membuatkan kita merasa senang, takde gangguan walaupun di ganggu olehnya, selesa bercakap dan ketawa berdekah-dekah, suka dengan kerajinannya, keikhlasannye, kekelakarannye, keapebenda pun yg dia buat.itu ekprestasi suke bagi aq.suka nie tak leh buat-buat, kalau suka ko cakap. tak direct ko respon la sikit ape yang dia buat..sikit pun jadi la.dia sedar gaq.mesti korang pun ade yang jenis suka sesuatu yang tak munasabah kat diri seseorang tuh.malas baagi contoh kat korang.pikir la sendiri.hiyarkkkkkk..

Sayang - ermm.. cakap pasal sayang.agak-agak pe dalam pale hotak korang tuh.sayang nie seperti apa benda pun yang ko buat dia akan respon, then bila ko nak share something walaupun cerita ko masuk tandas, tapi kena bayar mahal.dia tetap jadi pendengar setia ko.lagu 1 dia akan bagi nasihat setiap apa yang ko buat, apa yang tak kena kat mata dia, dia komen.sure la nak tacap-tacap la diri ko tuh supaya sempurna sikit kat mata dia..tak kire laki ke perempuan.aq rase same je.betul ke?

tanya sama hati
apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra

tanya sama hati 
pernahkah merindu
ingat masa lena 
apa mimpimu
masa berjauhan
apa nan dikenang
bila difahamkan
itulah sayang

:The Ramlees:
google lg la
Cinta - korang tau tak definasi cinta yang sebenarnya, bagi aq setiap orang yang berlainan jantina nie memang banyak mempelbagaikan rasa cinta dan erti cinta yang sebenar. Tapi setiap sesuatu yang korang perolehi, mesti korang cakap sayang bukan cinta kan..so apa tu cinta??Aq tak bercinta, mugkin tak sampai seru kot, cewahhh..so aq tak dapat nak buat conclusion pasal cinta nieh. aq tau couple-couple yang kat luar tu lebih berpengalaman, berpuitis, skema tahap gaban, etc. apa yang aq nak cakap just. cinta nie kalau takde rasa minat, suka dan sayang memang tak akan telahirnya cinta yang sebenar,apa orang kata? true love!so, check it out..

P/s: cite seram yang bunuh-bunuh tu korang ada x..best la, hilang rasa cinta sikit.

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...