SAHABAT

Wednesday, October 26, 2011

Sempurna


kau tak bersedia apabila dia luahkan rasa cinta kat kau, tapi kau terima.bukan sebab terpaksa 'sapu'.kau takut dia pergi tinggalkan kau.bila dia cakap dia suka kan kau dalam bahasa yang berkias kau seakan mengelak, tapi kau pun tau kau dah mula sayangkan dia.kenapa kau tak mengaku je.aq respect pendirian manusia yang keras macam kau.jiwa kau kental bak getah pemadam, semakin diguna kau semakin kecil tapi kau tak mampu bertahan.

so, apa langkah kau seterusnya?

kalau kau rasa sayang kau dah semakin menebal, buat apa kau nak sorok. dia dah memang mengharap kat kau sebab dia senang bercakap dengan kau, dia selesa berdamping dengan kau, dia tak pernah rasa menyesal untuk balas semua mesej kau.tapi kenapa biarkan dia bertepuk sebelah tangan. kau ego?kau rasa cinta datang sendiri?kau ada usaha?ada doa?" Ya Allah berikan insan yang terbaik untukku".

bila dia dah semakin jauh dengan kau, kau cari dia. sebab kau dah tak tau nak mesej sape. kau suka mesej dia sebab henset kau mesti berbunyi lepas kau hantar mesej kat dia.kenapa kau diam?apa yang bermain dalam fikiran kau sebenarnya. mesti kau rasa nak jumpa dia, luahkan segala yang terbuku, itu kalau sempat. kalau lah dia masih sedia tunggu kau, kalau lah dia tahu cinta kau memang untuk dia.

simpan ke luahkan?

agak-agak apa yang kau rasa bila dia sentiasa ambil berat kat kau. apa perasaan kau bila dia send mesej 'gud mornink' kat kau setiap hari?mesti kau rasa bahagiakan, indahnya dunia, terawang-awangan.rasa nak terbang macam burung. tapi kau rasa macam ada sesuatu yang kau belum sempurnakan.setiap kali kau termenung mesti ada selingan bayangan muka dia dalam kepala kau. kenapa ek?kau nak simpan ke luahkan. takpe biar kau merana sendirian.

sempurna bagi aq kau mampu menjadi yang terbaik hanya untuk dia, tapi kau tak berhak menjadi seorang yang bodoh akan cinta. kau berikan apa yang termampu, bagi aq kau dah cukup sempurna.sememangnya kesempatan itu tidak ada berulang-ulang kali, jangan biarkan diri kau terlalu ego, bangang dan sengal macam takde kommom sense langsung.haiyarkk!!

P/s:some people admire me.

1 comment:

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...