SAHABAT

Wednesday, October 26, 2011

Sempurna


kau tak bersedia apabila dia luahkan rasa cinta kat kau, tapi kau terima.bukan sebab terpaksa 'sapu'.kau takut dia pergi tinggalkan kau.bila dia cakap dia suka kan kau dalam bahasa yang berkias kau seakan mengelak, tapi kau pun tau kau dah mula sayangkan dia.kenapa kau tak mengaku je.aq respect pendirian manusia yang keras macam kau.jiwa kau kental bak getah pemadam, semakin diguna kau semakin kecil tapi kau tak mampu bertahan.

so, apa langkah kau seterusnya?

kalau kau rasa sayang kau dah semakin menebal, buat apa kau nak sorok. dia dah memang mengharap kat kau sebab dia senang bercakap dengan kau, dia selesa berdamping dengan kau, dia tak pernah rasa menyesal untuk balas semua mesej kau.tapi kenapa biarkan dia bertepuk sebelah tangan. kau ego?kau rasa cinta datang sendiri?kau ada usaha?ada doa?" Ya Allah berikan insan yang terbaik untukku".

bila dia dah semakin jauh dengan kau, kau cari dia. sebab kau dah tak tau nak mesej sape. kau suka mesej dia sebab henset kau mesti berbunyi lepas kau hantar mesej kat dia.kenapa kau diam?apa yang bermain dalam fikiran kau sebenarnya. mesti kau rasa nak jumpa dia, luahkan segala yang terbuku, itu kalau sempat. kalau lah dia masih sedia tunggu kau, kalau lah dia tahu cinta kau memang untuk dia.

simpan ke luahkan?

agak-agak apa yang kau rasa bila dia sentiasa ambil berat kat kau. apa perasaan kau bila dia send mesej 'gud mornink' kat kau setiap hari?mesti kau rasa bahagiakan, indahnya dunia, terawang-awangan.rasa nak terbang macam burung. tapi kau rasa macam ada sesuatu yang kau belum sempurnakan.setiap kali kau termenung mesti ada selingan bayangan muka dia dalam kepala kau. kenapa ek?kau nak simpan ke luahkan. takpe biar kau merana sendirian.

sempurna bagi aq kau mampu menjadi yang terbaik hanya untuk dia, tapi kau tak berhak menjadi seorang yang bodoh akan cinta. kau berikan apa yang termampu, bagi aq kau dah cukup sempurna.sememangnya kesempatan itu tidak ada berulang-ulang kali, jangan biarkan diri kau terlalu ego, bangang dan sengal macam takde kommom sense langsung.haiyarkk!!

P/s:some people admire me.

Monday, October 10, 2011

Rehearsal

Salam..

ISTANA NEGARA..gambar ihsan google je
Hari nie aq sungguh teruja apabila terlibat dalam satu majlis yang bakal dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan kesemua Raja-Raja Melayu di Malaysia. for the first time i arrived at Istana Negara, bukan duk luar pagar ea, macam orang selalu tangkap gambar tuh, nie kat dalam dan aq rasa beruntung bila diberikan tugas yang agak mencabar jugak la..of koshh i'm nevess u know. giler ko duk depan Agong ngan semua Raja-Raja Melayu korang ingat tak ketar ke nanti. korang pernah jumpe Agong?(sory berlagak sket) tahun nie je aq dah nampak tiga kali..tu "nampak"!!. but kali nie aq jumpa direct terus.diulang direct terus..depan-depan.

bila aq berjalan aq rasa terketar, konklusinya kitorang kena buat bebanyak kali apa nama tu reyesel.segan letak jejauh, fokes-fokes.then balik lepak, lemah, kenyang melantak.

tapi aq bangga bile NC aq sendiri cakap, kitorang nie dah lakar sejarah. sebab majlis nie adalah yang tertinggi sekali (high-kelasss) kat Malaysia. dan bukan senang nak jumpa kesemua Raja-Raja Melayu serentak biasanya orang akan nampak sorang je. kekadang nampak Agong je, paling ossemm nampak wakil je..thehehe..Ok baalik semula pasal NC aq cakap td, bila dia cakap macam tu, aq lebih bersemangat nak buat, aq nak grip betul-betul, biar Agong tak pandang aq sekalipun, yang penting proudness.

"you are a soldier..
the choosen one..
bring back the heyday..
look far away..
with respect and decay..
forever we'll stay..
together.."(BF-soldier)

Ice Halo 9.10.11/12-13 Zulkaedah 1432


Gambar ihsan fesbuk
Ini adalah satu kejadian alam yang aq terasa nak kongsi ngan korang tadi tapi, lain pulak yang aq tulis. Takpe selagi sempat mata ini terbuka baik aq setelkan. Kalau korang perasan kejadian nie terjadi malam tadi aq pun terperasan bila aq tengok kengkawan aq duk sebuk mendongak ke langit. aq ingat ada lambang kelawar keluar macam cite batman tu. check punye check, tu dia cantiknya bulan malam nie. rugi kepada sesiapa yang terlepas pandang ( tu la keje duk rumah doplohpat jam) . 

ok aq dpt info sikit je nie , malas dah nk cr info sebab aq dah tak larat der. Halo bulan adalah satu fenomena optik yang dihasilkan oleh kristal ais (ice halo). kristal ais menunjukkan lengkok berwarna putih dan berbintik-bintik dilangit.sikit kan?

Konklusisme:Minda separa sedar

Assalamualaikum..

cam budak skima pun ada gaq 

Buat kali ketiga, aq tukar header dan title blog, idea yang dah lama cuma kesempitan waktu untuk melaksanakan. btw aq puas hati dengan pencapaian yang aq lakukan setakat hari ini sebab bukan senang nak pikir header ngan title blog yang bersesuaian dengan apa yang aq post dan apa yang aq ketengahkan. but directly aq nak padam je blog aq nie, sebab aq kurang mengekprestasikn pandangan dan high-seeing terhadap blog aq nie.but when i see what people wrote in their blog i got jealousy, sometimes got impressive with curtain post tapi

apa aq suka usha??

aq paling suka baca terfaktab ngan tengok benda-benda amazing dalam blogserius. kekadang tu ada jugak aq lawat tumblr .tumblr best jugak kekadang sebab sapa yang ada tumblr nie macam jenis tak banyak cakap. just the picture can tell everything, tapi kena ada art jugak la. kalau setakat tengok gambar tapi tak tahu pape, useless la. keepidap to blogger-blogger yang serius melontarkan kata-kata nie. tabik springles


so bila aq dah tukar blog title nie, aq terasa nak relate kan kepada sesuatu untuk setiap post yang akan aq lontarkan, walaupun picisan yang tidak berguna yang hanya bila orang baca diorang akan kata "waddefak dia nie, mengarut je.. tak de benda lain ke nak post". korang yang membaca pun akan perasan..

"A really cool shoes to boost up your mood"

Sunday, October 09, 2011

You Damn When Being Dumped


Tolong la jangan la kau sedih-sedih, nak post setiap luahan perasaan kau, post lagu-lagu yang dia hadiahkan untuk kau, nak buat tak tau bile orang start nak nasihatkan kau..semua itu bodoh. Apa yang kau buat sikit pun dia tak heran dah..sebab dia dah dumped kau, apa guna kau sedih bila si dia bergembira dengan teman-teman, sibuk susun strategi tuk dapatkan pengganti kau, sibuk duk layan chat-chat dari FB.Kau pulak nangis sana, nangis sini..adu sana, adu sini. Eh please la orang dah basi dah dengar cerita kau tu, cuma diorang layan sebab diorang takut ko yang marah diorang nanti.

Cuba kau fikir sedalam-dalamnya musibah yang menimpa kau tu, bukankah takdir semua tu, Dia tahu yang baik dah buruk untuk kau, Dia yang susun semua tu..bukan salah kau atau salah dia..dan bukan sebab orang lain.Sepatutnya kau berserah saja kat Dia, bukan susah pun, solat lima waktu jangan tinggal oii..seterusnya kau faham-faham sendiri la apa yang perlu kau buat. Bukan duk tersadai cam kapal yang takkan berlayar dah, bukan macam orang mati bini/laki..build back u'r life!

Dik, sis, bro, der..apa nie??? "cammon la' hidup kau maybe panjang lagi, maybe pendek. Apa yang kau cari bukanlah yang hakiki kan dan kau pun tak pasti lama mana kau boleh pertahankan relationship kau tu.
Lagi satu kau tak payahlah nak banned manusia-manusia yang sama spesis dengan si dia tu. Kau tau ke 'mereka-mereka' tu jahat, kaki perempuan, pisau cukur etc..pffffttt . Apa punya fikiran kau nie, cubalah open minded sikit, be realistik, analytical dan matang. Jangan sebab si dia kau nak banned semua orang, aq tahu kau ada hak, tapi kau tahu tak hak kau tu takat mana. Besar sangat ke kau nak buat sampai macam tu atau kau yang kawal semua perjalanan dalam dunia nie?

P/s:fikirlah

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...