SAHABAT

Saturday, August 06, 2011

MERDEKA KE-54:Sahabat kibarkan la Bendera Malaysia kau tu!

Assalamualaikum..


Ini pasal entry berjiwa kemerdekaaan yang amat mengimbau masa silam. Korang sedar tak yang kita nie akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54, yang mana tarikhnya sama dengan tarikh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.Tapi sambutan kemerdekaan pada tahun nie tidak akan disambut pada 31hb Ogos kerana ditunda, tetapi akan disambut pada 16hb September serentak dengan sambutan Hari Malaysia berkemungkinan di Dataran Merdeka. Tema pada tahun nie ialah " 1Malaysia : Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"


“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini."(petikan ucapan)


Nie nak cite zaman aq sekolah menengah .Dulu kalau dekat2 bulan Ogos je, aq mesti nak cari bendera yang tahun lepas aq gantung kat rumah yang mak aq dah simpan dalam gerobok tu. Secara tetiba je jiwa aq nie akan merasakan suatu semangat yang rakus. Aq tak kira bendera kecik ke besar ke semua aq amek, pastu aq letak kayu then gantung kat umah. Kekadang tu awal bulan dah macam orang jual bendera dah rumah aq nie. Tapi aq lebih berbangga bila aq sedar hanya rumah aq saje yang mula2 sekali mengibarkan jalur Gemilang,tak tau la mungkin orang lain tak berapa over macam aq kot. Sampaikan dulu aq pegi sekolah pun aq lekatkan bendera Malaysia yang kecik tu kat beg aq, then kang mula la member2 berkias-kias " semangat betul ko!!haha!!". Eleh ade aq kisah, kang nanti korang tiru aq gaq..thehehe..memang diorang tiru pun..

Selalu gaq kekadang kalau aq lambat pacak bendera kat rumah, nanti mak aq tanya

" angah..ko tak pasang bendera ke?(aq tak tau la sindir ke ape sebab aq patriotik sangat)".

Alah mak nie dah teringat dah, cuma tunggu masa je nie.Then bagi memuaskan hati aq, biasanya aq ngan along akan pacak bendera Malaysia ngan bendera Johor sebelah kanan dan kiri rumah aq..sebab aq nak tengok berapa ramai orang kat kampung aq nie yang buat camtu.Tapi nie paling best, letak bendera kat basikal tak pun kat kereta. Kat basikal aq, aq letak bendera yang sederhana besar( sebab yang besar dah pacak kat rumah) di punye kibar...perghhh!!



Tapi sekarang ni dah susah nak buat camtu, bukan sebab malas ke apa, sebab aq belajar kat tempat orang tak sama tempat sendiri tak boleh buat sesuka hati, just ikut flow je al lagipun sebab aq belajar di persekitaran  yang memerlukan keseragaman, tak boleh nak pacak bendera sesuka hati. Bukan tak nak gantung/pacak, kang last2 aq yang kena. Tapi ape2 hal pun aq bangga jadi rakyat Malaysia.peace!

Ok antara Program Kemerdekaan yang dijalankan kerajaan ialah pengibaran jalur Gemilang yang menggunakan kreativiti masing2. Program itu dilaksanakan mulai 1hb Ogos sehingga minggu ketiga dalam bulan Ogos, dan penilaian bermula pada 31hb Ogos sehingga 16hb Sept.
Tujuh kategori dipertandingkan:

  • bangunan kerajaan
  • bangunan swasta
  • kampung ( felda, tradisi, kampung baru cina, estet)
  • sekolah ( rendah, menengah,jenis kebangsaan)
  • taman perumahan
  • individu
  • pintu gerbang
Sekian sahabat,salam kemerdekaan!

            mynewshub

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...