SAHABAT

Sunday, August 07, 2011

Cerpen:Epik Cinta Maya

Epik 7

**********


"Ishh lama aq tak contact Kira, rasanya dah dua hari dah sejak aq balik ke kampung"bisik hati Lan..
Sambil mengunyah roti yang di belinya, Lan menelefon Kira.

tut..tut..tut..3x

Eh ! apasal tak dapat contact plaq nie..arghh!!!..kemudian Lan mendail beberapa kali,takut-takut dia tersalah nombor. Namun usahanya masih gagal, telefon Kira seperti tiada..hilang..dan mati.Bermacam ayat yang muncul di kepala Lan. banyak kali juga dia cuba menelefon Kira, tetapi masih tidak berjawab, dan Kira pula tidak pernah cuba menghantar mesej kepadanya.Dia seakan tidak percaya, apa yang berlaku sebenarnya, tak kan la Kira nak marah atau merajuk dengan Lan sebab Lan tak contact dia beberapa hari.

Argghh..pening kepala dibuatnya. Namun Lan seakan boleh mentafsir secara logik akal, mungkin Kira sengaja nak mempermainkannya ataupun mungkin kerana Kira sudah ada yang punya ataupun Kira betul-betul marah.

"Biaralah mungkin ini nasib aq, nak bercinta dengan gadis maya!..so cinta maya la jawabnya.."Lan berseloroh sendirian.Mungkin dia perlu belajar lagi tentang bab percintaan yang sekian lama tak di terokai dan di nikmatinya, apatah lagi untuk berkasih sayang, mungkin Lan terlalu ego dan berlagak dengan dirinya sendiri. Lan menyedarinya..

"Bodoh ke aq nie??"dia berkata sendirian sambil  berjalan ke hentian bas sebab hari ini Lan kena balik sebab cuti dah abes.

**********

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...