SAHABAT

Sunday, August 21, 2011

It about stories that will make man think

Men Bedtime Stories













Tuesday, August 09, 2011

RAMADHAN: Aurat

Assalamualaikum..

Aq nak cari la sampul nie
Di bulan Ramadhan nie aq nak banyak-banyak kan bagi nasihat, tak kisah la tua ke muda sebab tak salah kita menegur sekiranya benda itu baik untuk kebaikan bersama atau individu yang mengamalkannya..Tapi nasihat peringatan nie khas untuk kaum hawa

Ok cuba korang bayangkan sehelai rambut yang dilihat oleh seorang bukan mahram, ia bersamaan menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita..
sekiranya 2 helai + 3 orang yang melihat bersamaan 6 patukan,
sekiranya 10 helai + 7 orang bersamaan 10x7 ataupun 70 patukan..
dan seandainya 1000 helai + 70 orang iaitu bersamaan 7000 patukan,
dan seandainya semua helaian rambut + semua lelaki bukan mahram bersamaan berapa patukan..???
cuba korang fikir..

So kepada kaum-kaum Hawa, sebelum terlambat, pakailah tudung bermula sekarang dan pakailah tudung yang tidak jarang dan tidak pula nipis sehingga menampakkan aurat kamu, dan sekiranya anda bertudung jagalah tatacara pemakaian tudung anda, janganlah nak hentam kromo je pakainye tuu...
Berdoalah supaya kita dirahmati dan dilindungi dari azab-Nya yang Maha dahsyat..Amin

P/s:walaupun ilmu belum cukup didada, namun ingat-mengingati sesama manusia bagiku cukup memadai..



Sunday, August 07, 2011

Cerpen:Epik Cinta Maya

Epik 7

**********


"Ishh lama aq tak contact Kira, rasanya dah dua hari dah sejak aq balik ke kampung"bisik hati Lan..
Sambil mengunyah roti yang di belinya, Lan menelefon Kira.

tut..tut..tut..3x

Eh ! apasal tak dapat contact plaq nie..arghh!!!..kemudian Lan mendail beberapa kali,takut-takut dia tersalah nombor. Namun usahanya masih gagal, telefon Kira seperti tiada..hilang..dan mati.Bermacam ayat yang muncul di kepala Lan. banyak kali juga dia cuba menelefon Kira, tetapi masih tidak berjawab, dan Kira pula tidak pernah cuba menghantar mesej kepadanya.Dia seakan tidak percaya, apa yang berlaku sebenarnya, tak kan la Kira nak marah atau merajuk dengan Lan sebab Lan tak contact dia beberapa hari.

Argghh..pening kepala dibuatnya. Namun Lan seakan boleh mentafsir secara logik akal, mungkin Kira sengaja nak mempermainkannya ataupun mungkin kerana Kira sudah ada yang punya ataupun Kira betul-betul marah.

"Biaralah mungkin ini nasib aq, nak bercinta dengan gadis maya!..so cinta maya la jawabnya.."Lan berseloroh sendirian.Mungkin dia perlu belajar lagi tentang bab percintaan yang sekian lama tak di terokai dan di nikmatinya, apatah lagi untuk berkasih sayang, mungkin Lan terlalu ego dan berlagak dengan dirinya sendiri. Lan menyedarinya..

"Bodoh ke aq nie??"dia berkata sendirian sambil  berjalan ke hentian bas sebab hari ini Lan kena balik sebab cuti dah abes.

**********

RAMADHAN:Memang menguji kesabaran

Assalamualaikum..


Ermmm memang betul, kalau kita betul2 dah kena, ia memang menguji kesabaran insan bernama manusia.Ok this story about yesterday at Bazaar Ramadhan..i'm wit akim , ok ptg tu aq kluar kul 6 something la, memang sbb nak pergi bazaar pun,sebab sblm nie mmg aq x prnh beli ape2 pun kat baazar. So kitorang masuk bazaar, then aq teringin rase nak makan nasi kerabu..aq beli..tengok ayam percik...aq beli...tengok kuih...aq beli..cuma air je aq tak beli..sebab akim da beli.thehehe..

Nak jadikan story, akim nak beli ikan bakar kat 1 gerai nie, kitorang pun tunggu dari start dia letak ikan tu kat kuali leper tu sampai la dah masak, tp sebelum tu aq dah suruh akim order satu sbb takut kat mak cik tu bagi kat orang lain, akim pun order siap tunjuk lagi kat ikan bakar yg die nak. Ok, mak cik yang tengah bakar pun bagi kat mak cik lagi satu nie suruh bungkus. tengah2 menuggu kena berak dek burung plaq kat baju..haishhh takpe boleh sabar lagi. kitorang buat bodo je la.Ha tapi part nie paling best..agak2 die nak siap bungkus tu, si akim pun keluarkan duit..tiba-tiba ade la sorang brader tah dari mne datang order satu ikan bakar..tup2 mak cik tu terus je bagi kat brader tu tanpa rasa bersalah kat kitorang pun..dengan selambe je la brader tu amek..(dlam hati dh.."wa kita dah kena kim..") yang mak cik tu plaq boleh selamber je tngok kitorang nie..(tapi mak cik..arghh..mak cik...arghh...) "dah2 jom blah..blah, blah". akim mengajak..

Perghh sakit rasanya hati bagai di tumbuk rusuk..arghhh..boikot kedai mak cik tuh..

Then time nak balik plaq lepas buka, nak masuk U kena naik cab..tahan satu teksi nie..pak cik tu boleh selamber je nak tekan RM15 masuk dalam, aiii giler pe pak cik,  macam saya tak biasa masuk dalam naik cab plaq. dia pun cakap

 " boleh tak boleh nie, senang je...boleh tak boleh?"
"ai biasa masuk dalam RM 10 je"kitorang lawan blik...

Last2 dia pun kasi la ikut harga kitorang, tapi aq tengok pak cik nie cam tak familiar sangat kat tmpat aq nie..orang baru kot..takpela kami pun orang baru kat sini..

P/s: tabahkan hati menempuh hidup

Saturday, August 06, 2011

MERDEKA KE-54:Sahabat kibarkan la Bendera Malaysia kau tu!

Assalamualaikum..


Ini pasal entry berjiwa kemerdekaaan yang amat mengimbau masa silam. Korang sedar tak yang kita nie akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54, yang mana tarikhnya sama dengan tarikh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.Tapi sambutan kemerdekaan pada tahun nie tidak akan disambut pada 31hb Ogos kerana ditunda, tetapi akan disambut pada 16hb September serentak dengan sambutan Hari Malaysia berkemungkinan di Dataran Merdeka. Tema pada tahun nie ialah " 1Malaysia : Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"


“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini."(petikan ucapan)


Nie nak cite zaman aq sekolah menengah .Dulu kalau dekat2 bulan Ogos je, aq mesti nak cari bendera yang tahun lepas aq gantung kat rumah yang mak aq dah simpan dalam gerobok tu. Secara tetiba je jiwa aq nie akan merasakan suatu semangat yang rakus. Aq tak kira bendera kecik ke besar ke semua aq amek, pastu aq letak kayu then gantung kat umah. Kekadang tu awal bulan dah macam orang jual bendera dah rumah aq nie. Tapi aq lebih berbangga bila aq sedar hanya rumah aq saje yang mula2 sekali mengibarkan jalur Gemilang,tak tau la mungkin orang lain tak berapa over macam aq kot. Sampaikan dulu aq pegi sekolah pun aq lekatkan bendera Malaysia yang kecik tu kat beg aq, then kang mula la member2 berkias-kias " semangat betul ko!!haha!!". Eleh ade aq kisah, kang nanti korang tiru aq gaq..thehehe..memang diorang tiru pun..

Selalu gaq kekadang kalau aq lambat pacak bendera kat rumah, nanti mak aq tanya

" angah..ko tak pasang bendera ke?(aq tak tau la sindir ke ape sebab aq patriotik sangat)".

Alah mak nie dah teringat dah, cuma tunggu masa je nie.Then bagi memuaskan hati aq, biasanya aq ngan along akan pacak bendera Malaysia ngan bendera Johor sebelah kanan dan kiri rumah aq..sebab aq nak tengok berapa ramai orang kat kampung aq nie yang buat camtu.Tapi nie paling best, letak bendera kat basikal tak pun kat kereta. Kat basikal aq, aq letak bendera yang sederhana besar( sebab yang besar dah pacak kat rumah) di punye kibar...perghhh!!



Tapi sekarang ni dah susah nak buat camtu, bukan sebab malas ke apa, sebab aq belajar kat tempat orang tak sama tempat sendiri tak boleh buat sesuka hati, just ikut flow je al lagipun sebab aq belajar di persekitaran  yang memerlukan keseragaman, tak boleh nak pacak bendera sesuka hati. Bukan tak nak gantung/pacak, kang last2 aq yang kena. Tapi ape2 hal pun aq bangga jadi rakyat Malaysia.peace!

Ok antara Program Kemerdekaan yang dijalankan kerajaan ialah pengibaran jalur Gemilang yang menggunakan kreativiti masing2. Program itu dilaksanakan mulai 1hb Ogos sehingga minggu ketiga dalam bulan Ogos, dan penilaian bermula pada 31hb Ogos sehingga 16hb Sept.
Tujuh kategori dipertandingkan:

  • bangunan kerajaan
  • bangunan swasta
  • kampung ( felda, tradisi, kampung baru cina, estet)
  • sekolah ( rendah, menengah,jenis kebangsaan)
  • taman perumahan
  • individu
  • pintu gerbang
Sekian sahabat,salam kemerdekaan!

            mynewshub

Ini VlDEO manyak kena oo...

Sumpah kalau korang tengok nie memang salah satu tu akan kena kat batang hidung korang sendiri!!
So ape lagi klik play la sahabat!!

SERIUS: rindu menaip

Assalamualaikum...



Sejak beberapa minggu nie asyik2 wordless je( malas nak menaip sebenarnye), tapi aq tak tulis dalam blog la.tu sebab korang tak nampak, dan aq pun ada terasa sebenarnya nak kongsi story/ pengalaman/ and benda2 mengarut yang korang tak pernah dengar dan buat ngan korang tapi rasa macam malas nak menaip, dan aq tak naklah dikatakan seorang blogger yang pasif, blurr and haprak..Mesti korang bosan bila tengok blog orang lain, tapi tak de post baru..memang haprak la kan..apa punye pemalas la  ownie nie..update la sket!!ptuihh!!..last2 maleh dah nak menjenguk ke blog tersebut..( aq la tu)..

Bukan malas, bukan takde masa, bukan ada kerja, bukan sebab kena dumped ngan gf..eh gf??Ok straight, act aq amek mood ramadhan, aq nak Henshin..yeah cam citer Kamen Rider tuh!! terasa nak jadi orang yang lebih baik. Cuba nak slowkan diri dengan dunia berjalur lebar nie..tapi dah sampai 5 hari pose aq rase hidup tak senang dah, so on9 je la lagi..ade masa aq kongsi story k..

Cerita pasal ramadhan dah masuk hari kelima nie, membuatkan aq terasa begitu cepat masa berlalu..hari tu aq rase baru je start pose..tup2 dah nak dekat seminggu dah, memang betul orang kata umur semakin pendek, masa terlalu mencemburui kita.Kalau korang fikirkan sepanjang ramadhan bermula semestinya ada peristiwa2  yang korang akan ingat, then tergelak sendiri, tah2 nanges pun ade.Pengertian ramadhan pun ada peristiwa, erti puasa pun ade peristiwa. Semua ada maksud tersirat ..Sorry la tertazkirah kat korang lebih2 plaq..btw aq akan start menaip kembali!!

P/s: Selamat Berpose kepada semua Malay Blogger!!!

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...