SAHABAT

Thursday, July 14, 2011

Midnight with movie

Assalamualaikum..


Sape kata tengok movie boleh bangun lambat esok, mane ade, tu sume tipu, tapi terpulang kat korang nak caye ke tak. Kalau aq aq memang bangun awal pun sebab tetiap pagi aq ade 'projek'..so kena bangun awal la kan except sabtu ngan ahad, yang tu off-day so pepandai la aq manage sendiri.Tapi malam nie aq rase macam tak boleh nak tido awal sebab aq rasa cergas semacam, tah la mungkin aq ter'overdose' telan ubat kot.

Ok aq nak tanye la, sesape yang sudi menjawab sila komen 0k, ape movie yang besenya korang suka tengok time-time midnight or whatever night la??Then besenye kat mane korang selalu tengok??Tak kisah la movie update ke outdated ke, yang penting suke tengok k..Mesti setiap orang suka macam-macam genre movie kan, so tak kisah lah apa korang nak pilih pun sebab selagi tak kacau aq sudah la..hahaa..Tapi bagi aq movie midnight nie aq suka tengok kat lappy je daripada aq tengok kat panggung sebab best bile tengok movie-movie lama yang orang dah tak tengok dah. Tapi kekadang tu aq de gaq usha-usaha movie baru time midnight, tapi jarang aq tengok.

done again

otw again
Cuba korang tengok movie-movie baru skang,tak kira la luar negara punye ke.Korang tengok bentuk penyampaian yang direktor tu buat semestinya berbeza dengan Malaysia. Apa taknya kekadang tu rasa macam f*** gaq la tengok product Malaysia punye movie. Aq tak paham apa yang diorang nak buat sebenarnya, cam bangang pun ade gaq. Tapi aq tau bukan semua movie kat bumi Malaya nie camtu...just certain of it..ok forget it!Cuma nak  luah perasaan je.

P/s:i want to back to school

Thursday, July 07, 2011

Doraemon: Final

Sape tak tengok lagi??


Dulu masa aq kecik2 inilah kartun favourite aq.best pe..

Hantu di Broga Hill: Ramai orang kate takde, tapi member aq dah lalui.

Assalamualaikum..



Sejak sekian lame tak post something entry baru nie, tangan terasa gatal plaq nak menulis dan kongsi sesuatu kat korang. apa yang aq nak kongsi nie bukanlah dari pengalaman aq sendiri tetapi entry nie dituju khas kepada member2  aq yang nak menceritakan pengalaman diorang kat aq.

Ok apa yang aq nak kongsi kat sini berkaitan entiti ataupun bahasa kasarnye hantu..Korang mesti pernah dengar Broga Hill, yang terletak di Taman Broga berdekatan Semenyih dan bersempadan antara Selangor-Negeri Sembilan. Actually aq tak  pernah pergi pun tempat tu,tapi aq rasa teruja dan rasa membuak-buak bila aq dengar member2 aq nampak hantu , real punye hantu kat situ..aq dengar tempat tu best kalau kite tengok pemandangan dari atas.Tapi se'best2' tempat pun ada cerita disebaliknya.

So di sebabkan keterujaan tu aq nak kongsi ape yang member aq cite kat aq, member aq nie panjat Bukit Broga tu 4 orang , then diorang pegi pun dah waktu senja, sebab dah sampai ape lagi diorang pun terus naik, sepanjang perjalanan tu dah ramai orang turun .Sampai ada orang pesan kat diorang yang semua orang kat atas dah turn dah, sebab diorang yang last naik waktu2 camnie, so member aq pun jawab la.

" takpe kitorang memang nak camping kat atas pun".

So hari dah semakin gelap walaupun dah tak nampak pemandangan tapi diorang still naik gaq bukit tu.Then bila dah penat diorang decide nak turun balik sebab malam dah semakin gelap, memang dah tak nampak ape dah, maka turun la diorang sambil membuka baju masing2.

Then dalam perjalanan tu yang member aq orang last duk kat blakang pun berhenti la sekejap nak lap peluh katenye, tu yang sampai dah bukak baju tu. dalam masa nak lap peluh tu, salah sorang dah ternampak kelibat putih duk usha kat diorang. so member aq nie jadi ketar la jugak bila teringat kata2 orang yang dah turun tadi sebab dia cakap

"abang nie orang last naik kat atas. dah takde orang dah kat atas tu"

Yang member aq pun buat berani, so senyap je la sampai la kat satu perigi, adik member aq yang sorang lagi plaq tegur pasal perigi tu.Sorang lagi plaq gi suluh guna torchlight kat situ, then nampak lagi satu lembaga, sebenarnya semua orang dah nampak apa yang dimaksudkan tu, cuma senyap je la dalam perjalanan tu. Diorang kena control keadaan, so diorang relax je sebab tak nak benda jadi kelam -kabut. kalau tak parah la gamaknye..Sampai satu laluan tu diorang rasa macam dah tersesat,  so diorang berhenti kejap, sebab kena cari balik laluan yang masa mula2 diorang naik, kalau teruskan lagi parah.

So bila diorang patah balik, yang member aq nie plaq terperasan ada satu gerai yang telah menjadi banyak gerai sepanjang perjalanan, padahal masa naik tadi ade satu gerai je. Diorang dah rasa lain macam sebab gerai dah bertambah plaq, so senyap je la..

Then, Alhamdulillah sampai gaq diorang kebawah, masing2 still senyap lagi sebab memang tak sesuai nak bukak cite kat situ.So ape lagi rasa menyesal la dapatnye bile naik senja-senja, dah tu waktu maghrib plaq tu.Terima ajalah, sebab untungla dapat tengok benda2 camtu depan mata korang sendiri, real plaq tu.

Korang rasa korang nak naik tak Broga Hill tu??Hati aq memang terasa nak naik atas tu,  dan aq nak alami sendiri experience yang member aq dah rase. Mesti cuak giler..

P/s: Laen kali try tempat lain plaq

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...