SAHABAT

Friday, June 10, 2011

Life is what you give

Assalamualaikum



Salam hari nie aq nak bukak cerita pasal peranan manusia terhadap diri sendiri ataupun how to treat your life well, so you get well treated, Ok sepanjang kite hidup semestinya kita dapat merasakan ada sesuatu yang kekurangan ataupun ketidkpuashatian dalam hidup.Sebenarnya ia adalah berkaitan dengan kehidupan kita sendiri, semuanya ada maksud disebalik perbuatan yang kita buat terhadap orang lain dan secara amnya . Mungkin kita tak sedar kebetulan yang berlaku, ermm mungkin ada yang sedar..but nevermind. Sebaiknya korang fikir secara mendalam  sebab musabab yang berlaku terhadap korang.

Actually, ianya berkaitan dengan perbuatan positif dan negatif yang korang lakukan sepanjang hari. Mungkin ada orang tak terlalu memikirkan sangat tentang benda-benda nie, tapi bagi aq memang penting pun sebenarnya.Contoh yang berlaku dalam kehidupan seharian kita semuanya relate dengan apa yng kita perolehi.

Ok nie ada satu cite yang aq boleh kongsi sikit.

Seorang pelajar telah disuruh oleh seorang guru agama nya untuk membelanjakan sekeping duit bernilai seringgit yang telah di conteng begitu teruk di muka depan dan belakang. Pelajar tersebut begitu pelik dengan tindakan gurunya berbuat demikian.

Maka gurunya berkata ,

" kamu ambil lah duit ini dan belanjakannya sehingga anda memperolehi apa yang anda hajati, tetapi berhati-hatilah apabila menggunakannya dan percayalah bahawa duit ini akan kembali kepada anda dalam masa sebulan, sekiranya sudah kembali kepada anda telefonlah saya dan saya akan terangkan maksudnya"

Dan dengan selamba nya pelajar tersebut mengambil duit itu dan menggunakannya untuk membeli sekilogram buah mangga dipasar. Pada mulanya dia khuatir sekiranya terkantoi dengan penjual buah tersebut akan tetapi dia mempunyai trick yang begitu bijak. Pelajar tersebut menyelitkannya diseballik duit-duit yang tidak berconteng, dan akhirnya duit itu diterima oleh si penjual. Dia gembira tricknya berjaya.

Hampir sebulan jika dihitung sejak dari pelajar itu membelanjakan duit tersebut. Semasa pulang kerumahnya dia menaiki teksi, harga yang perlu dibayar olehnya ialah RM 7. Pelajar itu tidak mempunyai duit pecah, maka di berikannya duit bernilai RM 10 dan pelajar itu menerima bakinya sebanyak RM 3 dan terus memasukkannya kedalam poket baju. Dia terus berlalu masuk kerumah.

Ketika mahu mencuci pakaiannya, dia menyeluk setiap helai baju dan seluar sekiranya ada apa-apa didalamnya sehinggalah dia menyeluk kedalam poket bajunya yang di pakainya semalam.Terdapat duit RM 3 disitu. Dia terkejut, kerana duit yang dibelanjakannya sebulan yang lepas telah diterimanya kembali, lalu dia menelefon gurunya.Gurunya memberitahu bahawa setiap perkara yang kita lakukan kita akan mendapat balasannya, sekiranya positif, baik lah yang kita dapat. sekiranya negatif maka buruk lah yang diperoleh kerana LIFE IS WHAT YOU GIVE( kehidupan seperti apa yang anda berikan)



Kerana apa yang dilakukan berkaitan dengan hidup kita maka kita perlu waspada dengan setiap apa yang kita lakukan.Cerita nie tak pe lagi, ok nie ada satu lagi.

Seorang pakar dipanggil ke hospital kerana ada seorang budak tercekik duit seposen.Oleh kerana terlalu sibuk dia cuba melambat-lambatkan perjalanannya ke hospital.Dia membuat alasan

" macam takde dokter lain, asyik-asyik aq"

Perkataan itulah diulangnya. Akhrnya dia tiba di hospital, tetapi malangnya dia terlambat kerana budak tersebut telah meninggal dunia. Dia pun berkata " takpe mungkin dah sampai ajal la tu"

Selang beberapa hari kemudian satu kes kecemasan telah berlaku, kali nie melibatkanseorang budak yang tercekik sebiji guli. Dokter pakar tersebut telah di panggil sekali lagi  kerana dokter-dokter pakar yang lain sibuk.

"Ish aq lagi, takde orang lain ke?"dia berkata didalam hati."

Dokter tersebut memandu terus ke hospital, tetapi apabila dia sampai budak tu telah meninggal dunia, kali ini dokter itu terkejut dan menangis..sebab budak yang mati tu adalah anaknya.Dia menyesal walaupun agak sempat dia sampai ke hospital tetapi  semua orang tau yang dia sudah begitu terlambat.Padan muke ko!

P/s:aq budak baik..

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...