SAHABAT

Monday, June 13, 2011

Kenapa perlu ada Maturity.

Assalamualaikum.


Aq pun tak tau bila aq akan cukup matang


Who agreed with me please raise your hand!
Setiap hubungan semestinya ada kepuasan bagi kedua-dua belah pihak, tapi pernahkah korang pikir sejauh mana kepuasan yang korang dapat itu mampu membahagiakan hidup korang. Kat sini bukan aq nak blame sesape lelaki mahupun perempuan, tapi sememangnya penting untuk kita bersikap lebih matang setiap kali kita membuat keputusan, menerima keputusan, berfikir, berbaik sangka dan semestinya yakin. Yakin kepada pasangan masing-masing itu penting. Janganlah korang menimbulkan syak wasangka yang datangnya dari sumber yang tak berhati perut yang mahu memporak-perandakan hubungan korang. Sebaliknya korang bertenang dan mencari penyelesaian dengan cara yang terbalik terbaik.

Ok maturity ini bukanlah hanya dalam hubungan bercinta, tetapi dalam persahabatan juga perlu diambil kira. Aq tak tau la mungkin orang pandang sinis yang aq nie pandai cakap je, tapi aq just nak bagi nasihat dan sepotong pendapat untuk sesiapa yang membaca. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari kematangan dalam hubungan dan tali silaturrahim, coz ini adalah untuk menjadikan chemistry kita lebih kuat.

Aq tengok sekarang nie dah ramai member-member aq yang ada couple, ada yang lama dan ada yang baru. Tapi aq tengok gaq sejauh mana maturity diorang nie, kekadang tu aq kaji gaq, kekadang aq buat tak tau je. suka hati korang la nak jaga kekasih korang tu camne yang penting aq dapat makan nasi minyak korang cukup. Aq survey perempuan nie lebih matang dari lelaki sebab diorang tau banyak benda, sometimes diorang boleh rasakan sesuatu yang mungkin terjadi dalam perhubungan diorang, tapi tak semuanya betul. Last-last diorang gaq yang akan terasa apabila hubungan dah terjejas. (betul ke nie?)Kekadang tu mula la dengar,

"ishh BF aq nie macam ada sesuatu yg tak kena la, takpe tenang-tenag, baik aq tnye beliau"
itu kalau matang...kalau camnie..

"awk ade perempuan lain ea??sye tengok fb aw banyak chat ngan girl lain, ke aw dah jemu ngan saye?"
pergh tup-tup terus nak serang, what da hell?

Itu perempuan, kalau lelaki...ha begini ceritanya..

"apesal aq kol tak angkat nie, ishh buat pe la minah nie,ishh angkat la weiiii!!!!"
apekebenda la mamat nie, bio jela tido la tu kot...

Nie yang gaya macho...

"awk nanti kalau pegi seminar tu, jaga la diri elok-elok ea, kalau ade orang nak tackle awk, awk cakap saye kirim salam"

Tapi korang jaga terlebih yakin dan terlampau matang sangat. sampai tak buat ape-ape action at least approach selalu then timbulkan sedikit kecemburuan. Sebab cemburu tanda sayang...tak gitu????

So, bagi hubungan persahabatan pula. Semestinya open-minded, and well thinking. Berkawan biar seribu...Biarlah orang nak kata korang nie bodoh sebab kawan dengan orang yang hisap ganja or kaki perokok, asalkan korang tak jadi cam dia..biar orang nak kata korang kawan ngan perempuan cantik sebab nak tackle die, walaupun dalam hati tu ada la skit..biarlah orang nak kata korang kawan ngan budak-budak sebab dulu tak puas jadi kanak-kanak, asalkan korang ajar benda yang bebaik.Actually yang penting matang fikir benda positif bukan pasif.

P/s:praktik kan

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...