SAHABAT

Sunday, June 12, 2011

Apa Kesinambungan Era Bola Sepak?

Assalamualaikum



Piala FA 2011,!!Tahniah kepada skuad Penyu kerana berjaya merangkul kejuaraan untuk kali kedua selepas tahun 2000.Buat skuad Red Warriors, jangan difikirkan sangat akibat kekalahan itu kerana semuanya sudah terlambat, alamatnya terlepas lagi la nak jadi juara.Walaupun Terengganu bukan favourite team aq, tapi aq suka tengok korang punye semangat dalam game untuk mencipta gol. Kalau tak, tak bersepah la kad kuning malam tu kan. Dalam pale hotak dua-dua team nie, mesti fikir..

" lantak la dapat kad kuning pun, janji still boleh main lagi, yang penting korang tak dapat sumbat gol,bir aq yang sumbat..hahha"

Walaupun aq bukan ore qlate tapi Kelantan memang fav team aq,GKG! GKG!! macam orang Malaysia gaq suke M.U, Liverpool, Arsenal, Barca,dll tapi korang orang sana ke????? Tapi fav team aq juga yang kalah, rasa macam tak percaya coz selama nie kalau aq tengok Kelantan punye game live kat tv, memang konfem diorang menang. Tapi semalam punye cite ,first time aq tengok diorang kalah, ape taknya last-last minit sek Ganu sumbat gol, hahah...btw..nice game. Bab aq paling panas, sebab aq tak boleh pergi stadium, cuma boleh tengok penyokong-penyokong Kelantan & Terengganu bersepah kat K.L untuk pergi stadium.

Kalau korang perasan era kegemilangan setiap pasukan bola sentiasa berubah-ubah, mungkin disebabkan manager yang pandai mengatur pemain ditambah dengan jurulatih berwiba yang boleh menyusun strategi yang bagus.Lepas tu ade plaq nama-nama baru yang semakin meletup-letup dengan skil-skil yang hebat..perghhh!!Korang ingat masa zaman-zaman MPPJ Selangor Juara Piala Malaysia tahun 2003.Pastu ada tonggak yang berskill ,Juan Manuel Arostegui. Masa tu memang meletup giler Dollah Salleh,  tapi memang tercabarlah pasukan-pasukan lain.

Aq tabik untuk pasukan Selangor, kerana pernah memenangi Piala FA sebanyak lima kali, Selangor pun pernah mendapat sentuhan Dollah Salleh, then untuk pasukan fav aq no2, Kedah kerana pernah memenangi Piala FA sebanyak 3 kali, wahh..bangga-bangga...time nie la zaman-zaman Liew Kit Kong baru nak naik.Tahun 2010/2011 nie kita menyaksikan ramai nama-nama baru yang menjadi pilihan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Chanthuru Suppiah  Dll.Segala yang diorang buat sume menjadi, sehingga lah menjadi ikon bola sepak.

Tapi setakat nie, sume pasukan nak cari kegemilangan diorang balik dan mahukan kejuaraan.Apa-apahal teruskan perjuangan menjadi terbaik dan ciptakan permainan yang sempurna daripada ramuan-ramuan jurulatih berwibawa.Yeah!!

sumber: surat khabar ,

P/s: Johor pernah Juara Piala FA tahun 1998.ayuh bangkit!!!

2 comments:

  1. pehh.tak sngka shah minat bola.igt kn minat takraw jek.hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...trngt mase dedulu..takraw tu side sukan je..bkn power pun

    ReplyDelete

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...