SAHABAT

Monday, June 27, 2011

Learn how to manage people

Assalamualaikum.



Cerita kali nie aq nak story kat korang yang aq telah menjadi fasi kepada junior-junior yang baru masuk kat dalam U aq nie,tak banyak la sikit je, so then terpaksa la bekerja keras sikit sebab semua aktiviti kena involve bukan pe cuma nak menampakkan  penglibatan.So welcome to all juniors yang berjaya masuk ke UPNM nie sebab aq tau bukan senang nak apply U nie, kena ade macam-macam kabel pun ade. Tapi itu semestinya tekad dalam diri masing-masing la, so kalau korang nak korang kena la terima apa yang ada dalam U nie walaupun ia sedikit janggal bagi korang.

Oleh kerana kesibukkan yang tak berapa sebuk nie, masih sempat juga aq online tapi tak sempat nak update blog sebab kekadang tu malas dan takde idea yang masuk kat dalam pale hotak aq nie.So bile da ade kesempatan boleh la aq update la pukul 1.54 a.m nie.Aq tengok da makin maju dah rakan-rakan blogger aq skang nie, layout baru la, tambah follower la, post-post yang menarik dll. Bagi aq bagus la korang teruskan berblogging sebab kat sini je kite nak share ngan public.hahahaahaha..

Ok straight kat tajk k..Banyak juga benda yang kite dapat pelajari sebenarnya apabila kita menjadi seorang fasilitator walaupun dimana-mana organisasi sekalipun sebab korang juga kena belajar sebelum kite apply kat junior-junior nanti.So yang first skali konpem la kursus untuk korang sendiri untuk mendapatkan basic-basic seorang fasi, then baru la kita ada keberanian nak menghadap junior-junior baru.

Walaupun aq nie bergelar separuh fasi tapi aq puas melihat junior-junior yang boleh mengikut arahan dan nasihat. Bayangkan la kite kena cakap depan-depan dengan diorang, takkan kite nak tergagap-gagap..er..er...err..tak boleh camtu..yang penting yakin dan berani je(lagi-lagi ade junior-junior yang cun plaq an, so cover macho la)..hehehee..Perkara utama nya ialah korang kena belajar tuk manage diorang sepanjang orentasi nanti sebab diorang nie budak-bdak baru, banyak benda yang tak tahu, tah-tah diorang pun tak nak amek tau..hahaha...



Actually banyak la benda-benda positif yang kite boleh dapat sebenarnya, so sape yang tak pernah jadi fasi tu cube-cube la try k, sebab pelang camnie bkan senang nak dapat walapun kita terpaksa berkorban untuk tenaga dan masa tapi takpe la, hasilnya pn not bad nanti...Aq pun malas nak cite panjang nie, mata da ngantuk..muahahaha..

P/s: da nmpk sorang awek untuk disentap!!!

Tuesday, June 14, 2011

Picnic at Sungai Gabai Waterfalls

Assalamualaikum..


Ok nie nak cite bab minggu lepas punye outing, memang best dan puas hati la kan..apa taknya, mandi kat air terjun. Walaupun duit poket dah kering, tapi sebab air terjun punye pasal aq on,lagi pun dah member ajak banyak kali kan, tak kan nak hampakan diorang. Sungai Gabai is latest the best waterfall i ever had, coz i really satisfied with the sliding port and the deepest of water to plunge...best wooo..Actually nie air terjun kedua yang aq dah teroka kat Selangor nie lepas Serendah, Serendah pun not bad la.Amacam orang Selangor dah pernah sampai ke..?

Member aq sorang nie pulak nak sambut pemergian awek nye yang akan bertolak ke oversea beberapa minggu lagi, so die yang first ajak aq untuk join celebrate. Nasib baik la bajet pun tak la banyak mne..RM 30 je.Then yang member aq yang sorang lagi plaq sebuk nak photoshoot kat sne, tempat pun sme kan so aq ikut la. Sambil-sambil usha tempat port untuk next event kang.So mandi-manda then plus BBQ , sliding...pergh..!!!ok theres we go on some pics..

cam biase la naik tangga


sliding..sakit badan..thehe

BBQ wings





all pics credits to akim

P/s:duk usha waterfalls lain plaq..any suggestion?

Monday, June 13, 2011

Kenapa perlu ada Maturity.

Assalamualaikum.


Aq pun tak tau bila aq akan cukup matang


Who agreed with me please raise your hand!
Setiap hubungan semestinya ada kepuasan bagi kedua-dua belah pihak, tapi pernahkah korang pikir sejauh mana kepuasan yang korang dapat itu mampu membahagiakan hidup korang. Kat sini bukan aq nak blame sesape lelaki mahupun perempuan, tapi sememangnya penting untuk kita bersikap lebih matang setiap kali kita membuat keputusan, menerima keputusan, berfikir, berbaik sangka dan semestinya yakin. Yakin kepada pasangan masing-masing itu penting. Janganlah korang menimbulkan syak wasangka yang datangnya dari sumber yang tak berhati perut yang mahu memporak-perandakan hubungan korang. Sebaliknya korang bertenang dan mencari penyelesaian dengan cara yang terbalik terbaik.

Ok maturity ini bukanlah hanya dalam hubungan bercinta, tetapi dalam persahabatan juga perlu diambil kira. Aq tak tau la mungkin orang pandang sinis yang aq nie pandai cakap je, tapi aq just nak bagi nasihat dan sepotong pendapat untuk sesiapa yang membaca. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari kematangan dalam hubungan dan tali silaturrahim, coz ini adalah untuk menjadikan chemistry kita lebih kuat.

Aq tengok sekarang nie dah ramai member-member aq yang ada couple, ada yang lama dan ada yang baru. Tapi aq tengok gaq sejauh mana maturity diorang nie, kekadang tu aq kaji gaq, kekadang aq buat tak tau je. suka hati korang la nak jaga kekasih korang tu camne yang penting aq dapat makan nasi minyak korang cukup. Aq survey perempuan nie lebih matang dari lelaki sebab diorang tau banyak benda, sometimes diorang boleh rasakan sesuatu yang mungkin terjadi dalam perhubungan diorang, tapi tak semuanya betul. Last-last diorang gaq yang akan terasa apabila hubungan dah terjejas. (betul ke nie?)Kekadang tu mula la dengar,

"ishh BF aq nie macam ada sesuatu yg tak kena la, takpe tenang-tenag, baik aq tnye beliau"
itu kalau matang...kalau camnie..

"awk ade perempuan lain ea??sye tengok fb aw banyak chat ngan girl lain, ke aw dah jemu ngan saye?"
pergh tup-tup terus nak serang, what da hell?

Itu perempuan, kalau lelaki...ha begini ceritanya..

"apesal aq kol tak angkat nie, ishh buat pe la minah nie,ishh angkat la weiiii!!!!"
apekebenda la mamat nie, bio jela tido la tu kot...

Nie yang gaya macho...

"awk nanti kalau pegi seminar tu, jaga la diri elok-elok ea, kalau ade orang nak tackle awk, awk cakap saye kirim salam"

Tapi korang jaga terlebih yakin dan terlampau matang sangat. sampai tak buat ape-ape action at least approach selalu then timbulkan sedikit kecemburuan. Sebab cemburu tanda sayang...tak gitu????

So, bagi hubungan persahabatan pula. Semestinya open-minded, and well thinking. Berkawan biar seribu...Biarlah orang nak kata korang nie bodoh sebab kawan dengan orang yang hisap ganja or kaki perokok, asalkan korang tak jadi cam dia..biar orang nak kata korang kawan ngan perempuan cantik sebab nak tackle die, walaupun dalam hati tu ada la skit..biarlah orang nak kata korang kawan ngan budak-budak sebab dulu tak puas jadi kanak-kanak, asalkan korang ajar benda yang bebaik.Actually yang penting matang fikir benda positif bukan pasif.

P/s:praktik kan

Sunday, June 12, 2011

Apa Kesinambungan Era Bola Sepak?

Assalamualaikum



Piala FA 2011,!!Tahniah kepada skuad Penyu kerana berjaya merangkul kejuaraan untuk kali kedua selepas tahun 2000.Buat skuad Red Warriors, jangan difikirkan sangat akibat kekalahan itu kerana semuanya sudah terlambat, alamatnya terlepas lagi la nak jadi juara.Walaupun Terengganu bukan favourite team aq, tapi aq suka tengok korang punye semangat dalam game untuk mencipta gol. Kalau tak, tak bersepah la kad kuning malam tu kan. Dalam pale hotak dua-dua team nie, mesti fikir..

" lantak la dapat kad kuning pun, janji still boleh main lagi, yang penting korang tak dapat sumbat gol,bir aq yang sumbat..hahha"

Walaupun aq bukan ore qlate tapi Kelantan memang fav team aq,GKG! GKG!! macam orang Malaysia gaq suke M.U, Liverpool, Arsenal, Barca,dll tapi korang orang sana ke????? Tapi fav team aq juga yang kalah, rasa macam tak percaya coz selama nie kalau aq tengok Kelantan punye game live kat tv, memang konfem diorang menang. Tapi semalam punye cite ,first time aq tengok diorang kalah, ape taknya last-last minit sek Ganu sumbat gol, hahah...btw..nice game. Bab aq paling panas, sebab aq tak boleh pergi stadium, cuma boleh tengok penyokong-penyokong Kelantan & Terengganu bersepah kat K.L untuk pergi stadium.

Kalau korang perasan era kegemilangan setiap pasukan bola sentiasa berubah-ubah, mungkin disebabkan manager yang pandai mengatur pemain ditambah dengan jurulatih berwiba yang boleh menyusun strategi yang bagus.Lepas tu ade plaq nama-nama baru yang semakin meletup-letup dengan skil-skil yang hebat..perghhh!!Korang ingat masa zaman-zaman MPPJ Selangor Juara Piala Malaysia tahun 2003.Pastu ada tonggak yang berskill ,Juan Manuel Arostegui. Masa tu memang meletup giler Dollah Salleh,  tapi memang tercabarlah pasukan-pasukan lain.

Aq tabik untuk pasukan Selangor, kerana pernah memenangi Piala FA sebanyak lima kali, Selangor pun pernah mendapat sentuhan Dollah Salleh, then untuk pasukan fav aq no2, Kedah kerana pernah memenangi Piala FA sebanyak 3 kali, wahh..bangga-bangga...time nie la zaman-zaman Liew Kit Kong baru nak naik.Tahun 2010/2011 nie kita menyaksikan ramai nama-nama baru yang menjadi pilihan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Chanthuru Suppiah  Dll.Segala yang diorang buat sume menjadi, sehingga lah menjadi ikon bola sepak.

Tapi setakat nie, sume pasukan nak cari kegemilangan diorang balik dan mahukan kejuaraan.Apa-apahal teruskan perjuangan menjadi terbaik dan ciptakan permainan yang sempurna daripada ramuan-ramuan jurulatih berwibawa.Yeah!!

sumber: surat khabar ,

P/s: Johor pernah Juara Piala FA tahun 1998.ayuh bangkit!!!

Friday, June 10, 2011

Sedarkah Anda?

Lama gaq aq tak tngok videoclip nie.Tapi actually aq memang suke geng2 indie nie sebab diorang nie banyak memberikan maksud tersirat dalm setiap penulisan lagu dan nyanyian diorang.Sapeyang tak masyuk ngan indie tu, try2 la usha video nie ea.







P/s: aq paling suke The Times and Butterfingers

Cerpen:Epik Cinta Maya

Epik 6

**********



"awak  cuti bile?"KIra bertanya.

"ntah la, tapi mungkin raya cina nie ade kot"

"kenapa nak jumpe ke?"Lan mula memancing

"eh takde la, saye segan la nak jumpe awak, biase lah awal lg kan"

"owh xpe awak balik bile plaq?"

"sye mungkin hari jumaat kot, coz sye balik ngan abang sye."

"alamak ade abang pulak, potong stim la,"rungut Lan didalam hati "kalau camtu lepas raya cine la, boleh tak?"

"ok boleh,"

Yes!Lan hampir berjaya memujuk Kira bertemu dengannya.Tapi Lan seakan tidak sabar menunggu untuk menatap wajahnya yang comel itu.Tetapi apa kan daya dia hanya perlu menunggu sehingga cuti Tahun Baru Cina tamat sebab pada waktu tu Kira akan sambung semester yang baru. Lan pula akan mula bertolak kekampung nya pada hari sabtu. Semakin lama menunggu, hati Lan semakin tidak keruan.Kira seringkali menelefon Lan, tetapi ada kalanya Lan begitu sibuk dengan kerjanya,  tetapi Lan juga sempat memesejnya beberapa kali.

Sabtu itu menjadikannya semakin gemmbira dan Lan dapat merasakan bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku antara dirinya dan Kira. Dia tiba di kampungnya dengan wajah yang berseri-seri. Dalam hatinya berkata,

"mesti Kira dah sampai kat rumah, takpe la nanti aq telefon la dia"

**********

Life is what you give

Assalamualaikum



Salam hari nie aq nak bukak cerita pasal peranan manusia terhadap diri sendiri ataupun how to treat your life well, so you get well treated, Ok sepanjang kite hidup semestinya kita dapat merasakan ada sesuatu yang kekurangan ataupun ketidkpuashatian dalam hidup.Sebenarnya ia adalah berkaitan dengan kehidupan kita sendiri, semuanya ada maksud disebalik perbuatan yang kita buat terhadap orang lain dan secara amnya . Mungkin kita tak sedar kebetulan yang berlaku, ermm mungkin ada yang sedar..but nevermind. Sebaiknya korang fikir secara mendalam  sebab musabab yang berlaku terhadap korang.

Actually, ianya berkaitan dengan perbuatan positif dan negatif yang korang lakukan sepanjang hari. Mungkin ada orang tak terlalu memikirkan sangat tentang benda-benda nie, tapi bagi aq memang penting pun sebenarnya.Contoh yang berlaku dalam kehidupan seharian kita semuanya relate dengan apa yng kita perolehi.

Ok nie ada satu cite yang aq boleh kongsi sikit.

Seorang pelajar telah disuruh oleh seorang guru agama nya untuk membelanjakan sekeping duit bernilai seringgit yang telah di conteng begitu teruk di muka depan dan belakang. Pelajar tersebut begitu pelik dengan tindakan gurunya berbuat demikian.

Maka gurunya berkata ,

" kamu ambil lah duit ini dan belanjakannya sehingga anda memperolehi apa yang anda hajati, tetapi berhati-hatilah apabila menggunakannya dan percayalah bahawa duit ini akan kembali kepada anda dalam masa sebulan, sekiranya sudah kembali kepada anda telefonlah saya dan saya akan terangkan maksudnya"

Dan dengan selamba nya pelajar tersebut mengambil duit itu dan menggunakannya untuk membeli sekilogram buah mangga dipasar. Pada mulanya dia khuatir sekiranya terkantoi dengan penjual buah tersebut akan tetapi dia mempunyai trick yang begitu bijak. Pelajar tersebut menyelitkannya diseballik duit-duit yang tidak berconteng, dan akhirnya duit itu diterima oleh si penjual. Dia gembira tricknya berjaya.

Hampir sebulan jika dihitung sejak dari pelajar itu membelanjakan duit tersebut. Semasa pulang kerumahnya dia menaiki teksi, harga yang perlu dibayar olehnya ialah RM 7. Pelajar itu tidak mempunyai duit pecah, maka di berikannya duit bernilai RM 10 dan pelajar itu menerima bakinya sebanyak RM 3 dan terus memasukkannya kedalam poket baju. Dia terus berlalu masuk kerumah.

Ketika mahu mencuci pakaiannya, dia menyeluk setiap helai baju dan seluar sekiranya ada apa-apa didalamnya sehinggalah dia menyeluk kedalam poket bajunya yang di pakainya semalam.Terdapat duit RM 3 disitu. Dia terkejut, kerana duit yang dibelanjakannya sebulan yang lepas telah diterimanya kembali, lalu dia menelefon gurunya.Gurunya memberitahu bahawa setiap perkara yang kita lakukan kita akan mendapat balasannya, sekiranya positif, baik lah yang kita dapat. sekiranya negatif maka buruk lah yang diperoleh kerana LIFE IS WHAT YOU GIVE( kehidupan seperti apa yang anda berikan)



Kerana apa yang dilakukan berkaitan dengan hidup kita maka kita perlu waspada dengan setiap apa yang kita lakukan.Cerita nie tak pe lagi, ok nie ada satu lagi.

Seorang pakar dipanggil ke hospital kerana ada seorang budak tercekik duit seposen.Oleh kerana terlalu sibuk dia cuba melambat-lambatkan perjalanannya ke hospital.Dia membuat alasan

" macam takde dokter lain, asyik-asyik aq"

Perkataan itulah diulangnya. Akhrnya dia tiba di hospital, tetapi malangnya dia terlambat kerana budak tersebut telah meninggal dunia. Dia pun berkata " takpe mungkin dah sampai ajal la tu"

Selang beberapa hari kemudian satu kes kecemasan telah berlaku, kali nie melibatkanseorang budak yang tercekik sebiji guli. Dokter pakar tersebut telah di panggil sekali lagi  kerana dokter-dokter pakar yang lain sibuk.

"Ish aq lagi, takde orang lain ke?"dia berkata didalam hati."

Dokter tersebut memandu terus ke hospital, tetapi apabila dia sampai budak tu telah meninggal dunia, kali ini dokter itu terkejut dan menangis..sebab budak yang mati tu adalah anaknya.Dia menyesal walaupun agak sempat dia sampai ke hospital tetapi  semua orang tau yang dia sudah begitu terlambat.Padan muke ko!

P/s:aq budak baik..

Wednesday, June 08, 2011

Join the Game

Assalamualaikum..



Kepada peminat2 Angry Birds pastikan anda berada di Plaza Low Yatt , sabtuday nie ea....hahaha check THIS or THIS

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...