SAHABAT

Sunday, April 10, 2011

Cerpen: Epik Cinta Maya

Epik 5

**********

Perkenalan yang hanya menjangkau selama 4 hari itu menjadikan Lan dan Kira semakin dekat..Lan merasakan Kira semakin dekat dihatinya..pada mulanya Lan dan kira seperti acuh tak acuh setiap kali mereka bermesej..jarang sekali mereka berbual melalui telefon, kali terakhir ialah pertama kali Kira menghubungi Lan sewaktu awal perkenalan dulu.

Kira sebenarnya keliru dengan apa yang dilakukannya, sudah cukupkah dia mengenali Lan walaupun melalui perbualan, walaupun tidak pernah bersemuka dengannya tetapi jauh disudut hatinya dia mengharapkan sesuatu..Dalam mesej yang dihantar oleh Kira, dia ada menyatakan dia menyukai seorang lelaki yang baru dikenalinya...tetapi dia malu dan segan untuk menyatakan kepada lelaki tersebut, katanya dia malu diperkatakan seperti perigi mencari timba..

Kira: awk sye ade kenal sorg lelaki n sye suke ngan die
Lan: so?
Kira: yela..tapi sye malu la nak cakap
Lan: nape pulak?alah cakap je..
Kira: nantila..sye takut nanti dia cakap perigi cr timba laq..
Lan: alah awk nie...nabi dulu pun kahwin sebab isteri die yang lamar..
Kira: ok2..takpe la nnt sye fikirkan..

Pada malam itu lan kembali melog masuk ke akaun fesbuknya..bosan la katakan, biasanya Lan akan membuka 2 page serentak iaitu fesbuk dan blog..walaupun muka Lan tidaklah se'jambu' mana tetapi Lan rajin berblogging dan kekadang mengintai beberapa blog yang menarik..

Setelah melog masuk, terpapar 1 mesej yang tertera di fesbuknya..Lan membuka mesej tersebut..dan tertera nama kira disitu..Lan membaca..



  • Kira
    • salam
      org yg sy maksudkan dlm msj pagi td ialaha awk... sorie lau wat awk pk bkn2..sy malu n tkut nk terus trng kat msj pg td.. sy xtau npe sy rse mcm 2..ni 1st time sy ckp dlu pd seorg laki...dlu ex sy yg mule dlu..sy xpndai..tp since knl n perasan awk..sy rse lain..maaf... (malu ni) take. care! ;)

Lan terkejut, keran Kira berani meluahkan isi hatinya kepada Lan, Lan tersenyum sendirian dengan riak wajah yang cool..kemudian Lan membalas..







Setelah membalas mesej tersebut..Lan merasakan Kira amat serius dengan keputusan yang dia lakukan..tetapi bagi Lan dia harus berjumpa dengan Kira sebab hatinya juga sudah mula terpaut..tetapi Lan cuma mahukan kepastian secara dunia realiti, bukan dari dunia maya..Lalu Lan merancang sesuatu agar dia boleh berjumpa dengan Kira..tetapi bagaimana ea..??

***********

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...