SAHABAT

Sunday, April 24, 2011

Bangkitlah rakan seperjuanganku

Assalamualaikum..




Takkan rebah dirimu sekiranya ilmu penuh didada, buat kesekian kalinya harinya telah datang untuk menguji kehebatan kita dipentas realiti yang turut mencabar fantasi.Apakah berlainan apa yang kau fikirkan dan apa yang kau hajat kan..ya benar!! "Good things never come without effort". Segala persiapan telah ku lakukan dan aq tahu aq telah bersedia...tapi kau..

Bermula dari saat aq menulis pesanan yang agar sinis dibaca nie, kau lakukan lah persediaan yang rapi kerana kau telah mengetahui masanya bila dan bagaimana nak menumpaskannya, aq juga pernah berkali-kali menghadapi saat ini...bukan senang nak tumpaskan lawan yang suka menguji kebijaksanaan dan pengetahuan kita, walaupun ia hanyalah cebisan petak yang datangnya dari pokok mana tah, tapi kehebatannya memang sukar ditandingi jika tiada latihan yang mencukupi.

Kau persiapkan lah senjatamu, benteng mu agar kuat tidak menanti rebah sahaja sebelum mula bertempur, cebisan petak itu akan terus memerangkapmu bertubi-tubi sehingga kau hilang strategi yang kau susun rapi. Tetapi kau mesti ingat setiap lawan itu ada kelemahannya, kau carilah kelemahannya wahai rakan-rakan seperjuanganku.




Kita menantikan suatu kejayaan dari setiap yang kita lakukan, tetapi jika strategimu rapuh  maka kecewalah kau.Tiada yang mudah untuk mengecapi kejayaan.

p/s: selamat hari peperiksaan

1 comment:

  1. wish you is best of luck in your exams :)

    t8care. have a blast yaah!~

    ReplyDelete

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...