SAHABAT

Wednesday, March 30, 2011

Lihatlah aura dalam diri anda sendiri

Assalamualaikum..

Harinie aq nak kongsi maklumat berkaitan aura dalam badan kita..kalau korang dah bace try la buat..konpem!! Kalau korang nak tau sebenarnya ada beberapa hal penting yang berkaitan dengan aura manusia:
  • Aura manusia selalu berubah-ubah sesuai dengan kedewasaan keperibadian seseorang.
  • Aura manusia berwarna-warni sesuai dengan kepribadian dan kehidupan seseorang. Masing-masing warna aura menunjukkan keperibadian yang berbeza.
  • Panjang pendeknya aura dapat dikesan dengan pancaindera kulit mahupun dengan tongkat deteksi.
  • Aura seseorang dapat mempengaruhi mahupun dapat dipengaruhi oleh lingkungan sehingga dapat bertambah dan dapat berkurang kerana faktor lingkungan.

Seperti tubuh fizikal aura juga perlu di bersihkan selalu. Tubuh fizikal dan aura mempunyai hubungan yang amat rapat dimana , jika tangan kiri di hiris pisau maka secara automatiknya aura dibahagian tersebut akan 'koyak'. begitu juga tubuh fizikal, sebelum kita diserang penyakit fizikal ianya boleh dikesan pada aura apabila dilakukan scanning pada bahagian tersebut. Sebaik-baiknya jika sakit eloklah dirawat tubuh fizikal dan aura kita. Proses penyembuhan yang paling mudah ialah:
  • mandi bawah shower
  • mandi bawah air terjun
  • mandi menggunakan bau-bauan (minyak sandalwood)
  • bermeditasi
  • berendam dengan air garam yang berwarna oren
  • bersenam
  • dengar muzik yang tenang
Ada beberapa hal yang dapat dilakukan agar pancaran aura tetap cemerlang, diantaranya :
  • Makan makanan yang halal, baik dan tidak berlebihan.      
  • Olahraga/bersenam yang cukup dan teratur.
  • Memenuhi keperluan tubuh akan udara segar.
  • Istirahat dengan cukup, kurangkan rokok, alkohol dan ubat terlarang.
  • Mengurangi gerak hati, gerak pikir dan kegiatan-kegiatan yang buruk.
  • Mengurangi sikap hati yang kasar, mudah emosi dan memperbanyak rasa kasih sayang.
Sekarang, mari kita mulai latihan melihat aura. Sebelum melihat aura orang lain, ada beberapa urutan latihan yang harus dilakukan demi kesempurnaan hasil.hehe..chechk it out!!

1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan
Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin. Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat. Lekapkan  masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan.
Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm didepan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua hujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari hujung
jari kita.

2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan
Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Lekapkan salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok Cuba lihat bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.

3. Melihat Aura Diri Sendiri
Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang dan buat satu latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon.Tariklah nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali. Tataplah bayangan diri kita yang ada dicermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura
kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.

4. Melihat Aura Orang Lain
Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan
tembok yang berwarna putih. Ulang cara yang dilakukan keatas diri anda tadi. Berdirilah lebih kurang 3 meter didepan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bahagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna
aura.

P/s: sekilas maklumat terencana dari scribd

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...