SAHABAT

Sunday, March 06, 2011

Cerpen: Epik Cinta Maya

Epik 3

*********

Seperti biasa Lan bangun awal untuk mempersiapkan dirinya sebelum pergi bertugas, almaklumlah kerja sebagai mekanik sememangnya memerlukannya datang awal untuk membuka workshop taukenya. Biasala pekerja, apa-apa pun Lan mesti datang dahulu kerana dialah yang memegang kunci workshop. Matahari semakin kelihatan untuk menjengah semua manusia yang akan keluar bekerja, sebelum beredar meninggalkan rumah Lan teringatkan Kira, dia tersenyum sendirian lalu Lan menghantar mesej kepadanya..

"Salam..selamat pagi, have a nice day for today!!!"

Lan hanya menanti sahaja mesej dari Kira, kerana sebelum tidur semalam Kira ada mengatakan bahawa kuliahnya bermula pada pukul 12.30 tengahari, jadi pagi seperti biasalah , Kira akan bangun lambat sedikit. Kira pula dirumah sedang nyenyak dibuai mimpi indah kerana penat berbual sehingga lewat pagi bersama Lan.Lan seakan memahami, walaupun begitu dia tetap menanti. Matahari semakain menampakkan wajahnya..motor dihidupkannya perlahan..setelah itu menderu Lan bersama motornya untuk ke workshop sebelum terlambat. Hatinya sedikit girang pada pagi itu...

Tiba-tiba, tertera nama Kira di telefon bimbitnya..Kira telah membalas mesej Lan..

"Wkslm..mornink gaq..thanks"

Lan merasakan dirinya bertambah semangat pada pagi itu, Lan tidak mahu membalas mesej dari Kira kerana dia tahu Kira semestinya penat dan letih..

"tak pe la nanti petang la aq mesej balik"Lan berkata di dalam hati//

Sememangnya tugas Lan pada hari tersebut itu ditemani dengan satu perasaan yang sangat gembira dan dia tahu Kira pun merasakan sebegitu, tetapi Lan harus berhati-hati sebelum memulakan langkah yang keseterusnya..sebab Lan belajar dari kesilapan lalu..kerna sebelum ini Lan sudah lali dengan cinta yang tak kesampaian..dan dia tahu tidak semudah untuk dirinya mencintai dan dicintai oleh orang yang baru dia kenali, apatahlagi bersemuka..kata orang tak kenal maka tak cinta.


**********


No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...