SAHABAT

Saturday, December 04, 2010

Lagu P Ramlee tidak ditelan zaman

P Ramlee versi Indie.

Haritu aq ada dengar lagu2 P Ramlee kat satu laptop member aq nie..pergh cukup best..macam mengimbau kenangan2 silam la pulak..hahaha..memang la best kan ape xnyer..lame x dengar muzik2 seperti itu dimainkan..kalau nak dengar pun mesti kena tengok cerita dia tak pun dengar kat Klasik.fm..tak pun Sinar.fm...huhu

Tapi korang tahu tak sekarang nie banyak lagu2 P Ramlee telah dimainkan semula tetapi bukan sahaja P Ramlee yang nyanyikan malah artis2 lain pun ade menyayikan lagu2 beliau..pastu keluarlah macam2 versi yang mengikut peredaran zaman..

Okeh..!!!Penyanyi jazz-pop. bernama Sheila Majid pernah menyanyikan lagu2 P Ramlee, kemudia beliau menerbitkan album mercu tanda iaitu berjudul Lagenda yang menyorot kembali kenangan sialm dan hubungan cuinta bangsa terhadap buku2 lagu P Ramlee. Buinyi Gitar (album single yang mencatatkan penjualan sebanyak 10 000 unit) adalah penghargaan halus Sheila terhadap perjuangan muzik Allahyarham. Seterusnya kembali pada tahun 1983, dimana sebuah kluaran double-vnyil Abadi Dalam Sanjungan (out-of-print dah sekarang) menampilkan bintang2 pop dulu2 seperti Sharifah Aini, Roy, dan Fran, DJ Dave, Sweet September, Aman Shah, Zaleha Hamid dan lain2 artis rakaman EMI telah merakamkan sebuah katalog lagu untuk memperingati ulang tahun ke-10 kematiannya.


Sebagai kesinambungan, ASTRO telah melancarkan perayaan P Ramlee long-month iaitu P Ramlee...Dimana Kan Ku Cari Ganti:Satu kompilasi Indiepretasi adalah satu kompilasi hebat yang amat dinanti2kan oleh peminat. Lagu2 tersebut banyak ke'udara' di semua saluran2 radio melayu ASTRO pada hari Isnin bersamaan keluaran rasminya pada 1 November...ASTRO telah memuatkan sebanyak 18 lagu dalam projek tersebut, antar band2 indie yang turut bekerjasama dalam menghasilkan kompilasi ini adalah Seven Collar T-shirt, Monoloque, Hujan, Yuna, Bittersweet, Couple, Meet Uncle Hussain, Pop Shuvit, Azlan & The Typewriter, Altimet dan They Will Kill Us All.



Disebabkan Malaysia lebih ber'iklim' indie...sebuah lagi projek kompilasi lagu2 P Ramlee telah di buat yang bertujuan untuk memperkenalkan muzik beliau kepada generasi muda dengan menampilkan artis2 band indie untuk menyanyikan lagu2 tersebut. Antaranya ialah Monoloque(dulu Butterfingers)-Tiada Kata Secantik Bahasa, Mengapa Riang Ria, Tidurku Di Rumput Yang Basah, Joget Tari Lenggang dan Nenek Nenek. Couple’s - Menche Che Bujang Lapok. Noh(Hujan)- Tunggu Sekejab. Sevencollar T-shirt-Jangan Tinggal Daku 


Kalau korang perasan lagu2 versi nie banyak dimainkan di saluran radio X-Fresh.fm...sehinggakan ada yang meletup2 dicarta. Ini juga merupakan salah satu platform untuk membangunkan lagu2 tersebut agar ia tidak luput ditelan zaman. Lagu2 P Ramlee ini telah diberi pendekatan baru supaya sesuai untuk diperdengarkan oleh generasi sekarang yang meminati muzik2 indie tanahair...


No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...