SAHABAT

Thursday, December 02, 2010

Korang rase ape patut buat kalau hidup kita tak dijadualkan dengan takdir??

Sebenarnya dah lama aq terfikir pasal benda nie...korang tau x knape hidup kite telah di'jadual'kan oleh DIA..
pada pendapat aq la kalau tak ada jadual esti mesti porak peranda hidup...yela..makan minum tak terjaga...pakaian ape nak pakai..benda apa boleh buat..benda ape x boleh buat..cuba bayangkan apa yang perlu di buat oleh seorang suami terhadap keluarga yang dimilikinya..contohnya pasal jaga anak...

siang-hantar anak pergi sekolah, pergi kerja.
tengahari-amik anak kat sekolah, layan kejap...pastu pergi kerja balik..
petang-balik kerja...tengok kat umah anak tak ada. pergi main ngan kawan dia kat padang..pastu pergi jemput bawak balik umah..
malam-ajar anak wat kerja skolah..ngantuk. hantar anak tidur kat bilik....

Sekadar hiasan..


Cuba bayangkan pulak kalau benda 2 x de terjadual dalam hidup dia sebagai seorang suami...agak2 pe jadi kat anak die...mak die nak jaga...x kan nak harap mak je jaga..apa guna ada suamikan(kata2 isteri)
Perkara nie sebenarnya dah lama bermain kat fikiran aq tapi tak ada masa nak luahkan...kenapa lah DIA jadual kan kehidupan aq macam nie... kenapa aq perlu buat semua nie...hmmm..korang pikir plaq...



Korang terpikir tak kenapa ada takdir..ingat takdir bukanlah sesuatu perkara main2 ,sebenarnya kita tak seharusnya sombong dengan takdir yang telah ditetapkan dalam hidup kita..apa yang kita lalui dalam hidup ini semuanya takdir dari DIA..kita x boleh nak ubah apa2 yang dikehendaki oleh-NYA. Allah SWT telah menentukan jalan yang harus kita lalui dalam kehidupan kita ini. Kita hanya diberi kesempatan untuk menjalankannya, tapi aturan ada ditangan-Nya. Apapun yang terjadi dalam kehidupan kita memang sudah diputuskan oleh Allah akan seperti itu. Maka tak perlu disesali, tak perlu ditangisi dan tak perlu diratapi. Kerana bila itu terjadi maka hanya akan menambah beban dihati. Sesuatu hal yang buruk yang menimpa kita belum tentu itu buruk dihadapan Allah.
Sebaiknya kita berfikir kenapa perlu ada ini...buat itu..pergi sana..pergi sini...
ya.kita perlu pikir..

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya...

.
Sebenarnya diri aq pun x se'perfect' mana pun kalu nak cerita pasal benda nie...contohnya kesakitan yang kita alami..cuba kita fikir betul2 apa sebenarnya isi tersirat kesakitan tersebut...yang kita tahu.."ya,mungkin ada hikmah disebaliknya"...pastu tak buat apa2...yang kita tahu...duduk, mengadu kat orang lain then...so on.
seharusnya kita beringat tentang apa yang kita terima, apa yang kita ada dan apa yang kita lalui dalam kehidupan seharian..

P/s: tanya la diri sendiri..

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...