SAHABAT

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa lelaki mesti mengalah ngan perempuan...?

Assalamualaikum...
ok, kali nie aq nak citer sket pasal perempuan yang boleh kalah kan lelaki..sebab kenapa lelaki perlu mengalah dengan perempuan??Mesti sebab cinta an..aq tak tau la pasal apa la si lelaki bodoh sanggup menuruti kehendak si permpuan..kalau sayang pun jangan berlebih...kalau cinta pun sekadar mengisi kekosongan hidup...so jangan terlebih2 pulak sebab korang jugak yang akan jadi giler

Sebenarnya tak de salahnya kalau kita kalah dengan perempuan atas sebab cinta , kalau dah sayang nak mampus 2 memang tak boleh nak buat pe la...masuk kiri, keluar kanan jerk an...tapi biarlah kalau kekalahan kita itu disebabkan sesuatu yang munasabah contohnya

"abang , syg nak beli kereta 2 la sebab nanti kita boleh pergi jejalan sesame,then nak g holiday pun senang..".
"syg..pergi bayar bil elektrik nie...i tak sempat la...please.."

then apa korang nak jawab nie...mesti semua jenis nak mengelak je kan tak kisah la walaupun itu bini atau korang punya GF ke..mesti nak cari jalan keluar camne nak mengelak...kehh3...tapi memang itulah sifat lelaki...kalau dah sayang sanggup buat apa je asalkan bahagia...tapi kalau bab meminta-minta nie...susah sikit kowt..lain la kalau korang 2 anak CEO syarikat..petik je semua boleh...boleh ke? itu duit bapak korang bukan duit ko la..



Lelaki kalau tak nak mengalah pun sebenarnya ada sebab tertentu, tapi memang cukup susah nak buat keputusan..lagi2 kalu bab2 yang cukup serius, kalaulah bab kat bawah nie camne plak???


Nor, 25 tahun, saya ingin mendapatkan pendapat Putri bagaimana seseorang lelaki itu apabila dia memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk berkahwin dengan saya kerana masalah kewangan. Zul berkata ingin menyimpan wang lebih untuk perkahwinan kami kerana selepas berkahwin, dia tidak mahu mempunyai masalah dalam kewangan.
Zul tidak mempunyai pendapatan tetap dan saya telah mengenalinya selama setahun setengah. Sebelum ini, ibu pernah menyuruh Zul merisik memandangkan umur saya yang semakin meningkat serta bimbang rombongan daripada pihak lain selain mengelak pandangan buruk masyarakat mengenai hubungan kami.
Zul memberikan alasan belum cukup wang. Ibu pula berkata merisik tidak memerlukan wang yang banyak. Sehinggalah pada April lalu, Zul sekeluarga datang dan pada masa perbincangan itu perkahwinan ditetapkan pada tahun 2011 sekiranya tiada sebarang masalah dan Zul tidak membantah. Ketika majlis itu, Zul memberitahu yang dia belum bersedia tahun depan dan hanya bersedia pada tahun 2012. Saya sangat kecewa dengan sikapnya yang tidak berterus terang semasa majlis itu. Adakah saya perlu menunggunya sedangkan saya sendiri tidak tahun berapa lagikah masa yang dia perlu. Zul seolah-olah belum bersedia dengan hubungan kami. Zul seorang yang amat bertanggungjawab pada keluarga dan sangat baik. Saya amat menyayanginya.
Kadang-kadang, Zul terlampau bertanggungjawab pada keluarga sehingga mengabaikan saya. Dia terlalu mengutamakan kakak dan adiknya daripada dirinya sendiri. Saya merasai seperti tidak dihargai. Pada masa yang sama, saya amat kasihankannya kerana bekerja keras untuk keluarga dan membuat saya gembira. Ibu bapa saya pula selalu menyuruh saya berkahwin cepat-cepat memandangkan umur saya sekarang meningkat. Kini, saya sudah putus harapan untuk memikirkan tentang perkahwinan.
Padahal, pada hari dia merisik saya, saya sangat bahagia dan sentiasa memikirkan betapa meriahnya perkahwinan nanti. Perlukah saya menyerahkan semuanya pada takdir? Sebelum ini, saya tidak pernah mempunyai perasaan terhadap lelaki dan kebanyakan kawan saya semuanya perempuan. Buat pertama kalinya, saya jatuh cinta pada lelaki dan mempunyai cita-cita untuk hidup bersamanya. Sekarang saya buntu adakah dia betul-betul menyintai saya memandangkan kerap kali dia memberikan alasan apabila berbincang tentang perkahwinan.
n Nor, Jeli, Kelantan.

(Nie aq rembat kat UTUSAN)



Tu la padan ngan muke ko Zul last2 ko yang melepas..



2 comments:

  1. bukan semua tahu yang diri akan bersedia untuk hal2 macam ni.. dah melepas baru kata dah bersedia?? dah terlambat la..

    ReplyDelete

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...