SAHABAT

Thursday, December 02, 2010

Dapatkah Blogger hidup tenang?

Hidup sebagai Blogger?

Aq rase dalam setiap post yang baru bukan ramai pun orang yang baca..tapi x taw la kalau korang nie jenis yang suka membaca, ada tak setiap entrinya terbaru akan dibaca oleh 100 ribu orang sehari ? ada tak ? tak ada kan ? sekurang-kurangya hanya dapat 2-3 ribu satu entri dan kalau blogger biasa macam aku ni hanya dapat 10 atau x ade kot bagi satu entri...hhahaha
Namun popular kah kita didunia offline ? bila berjalan sahaja ke pasar wartawan semua serbu kita tanya soalan macam-macam . awek-awek muda terjerit-jerit bila nampak kita ,arghhh !!! arghh !! sampaikan ada yang pengsan . wau bertapa popularnya  hidup kita sebagai seorang blogger kalau macam itulah yang berlaku kepada mana-mana top blogger dekat malaysia ni ada kemungkinan mereka adalah blogger no 1 negara
namun dapatkah kita  bertahan jika kita  hidup sebagai blogger sebegitu ? hidup bagaikan  seperti artis diikuti sana sini ? siapa tahan ? korang tahan ? ahaha bertahanlah…


Comel tak minah nie?


Cubalah kalu kalau tak popular...sape nak kejar kita..nak amik autografh pun orang tak nak.. kalau  dalamdunia blogger nie aq rase orang tak kisah pun kau popular ke ape ke...yang penting orang minat ape yang kita tulis...nak komen pun boleh...so kita boleh jadikan ia satu spirt 'spirit'...x kisah la nak kutuk ke..nak pujike...janji kita buat apa yang kita nak buat..jangan kita kacau orang sudah....


Hidup sebagai Blogger yang penuh tekanan?


Hidup seorang blogger tidak pernah lari dari tekanan, namun siapakah yang memberi tekanan ? mungkin masa, keadaan fizikal, kesihatan,  mungkin tekanan dari sini sehingga ada yang kehilangan idea dalam menulis post baru….
contohnya :
  • Tekanan dari keluarga?,ya kemungkinan tekanan dari keluarga yang asyik memerhatikan content blog kita bila kita tulis pelik sedikit mulalah dia nak komplen itu ini. Tapi stakat nie keluarga aq x ramai pun yang tahu aq ade blog nie..biasa la baru nak menceburkan diri..kena la slow2 sikit...
  • Tekanan dari kawan-kawan?,ya ada kawan-kawan akan membaca blog kita, ada jugak yang tak.. dan bila di dunia offline isi kandungan blog kita akan menjadi bahan ejekan mereka. Nak kate orang buat blog tah ape2 la..tak style la..tiru orang la..hmmm, sebenarnya aq x kisah pun korang nak kata ape pun..yang penting hajat aq tercapai..nak bace..bace...kalau tak nak sudah...
Kalau blogger camne plaq??
  • Tekanan dari seorang pendengki?memang gila tetapi tidak dinafikan dalam dunia blogger melayu memang wujud kaki pendengki bukan dalam dunia blogger sahaja dalam dunia perniagaan pun orang melayu memang kaki dengki.Tapi nak buat macam mane kan..kekadang 2 ade gaq yang support..ade gaq yang cakap belakang..tapi aq suka kalau ada yang nak follow buat blog skali..sambil2 tu boleh tukar2 pandangan pasal blog masing2..
Dapatkah kita hidup dalam keadaan seperti itu ? cuba korang jawab

Hidup Blogger yang sedang membangunkan blognya?


Ya,macam yang aq dah perkatakan tadi la pasal nak jadi blogger...dan harus diingat, membangunkan blog tidak semudah ..membangunkan bangunan bertingkat,membangunkan blog lebih susah dari membangunkan bangunan,kalau bangunan senang sahaja dibangunkan dua tiga tahun dia dah siap dah tetapi membangunkan blog walaupun wordpress dah dipasang,plug in dah dipasang,theme guna theme import, nak entri gamba pun senang...siap boleh wat macam2 tulisan kaler colour lagi...
Namun blog kita belum siap dari segi pembangunanya.sebab kita kena bangunkanya dari masa ke semasa dan makan masa.Kate orang update benda 2 baru dalam blog...tak kan post lame je dari dulu...


The point is....adakah korang yang baru nak merancang adanya blog? berani nak hadap sume masalah diatas? mampu untuk  hidup sebagai seorang blogger yang sedang membangunkan blognya ? sila jawab

1 comment:

  1. betul tu.. tekanan memang ada dalam realiti dan dunia blog ni.. persoalan utama, sanggup atau tak.. itu aje..

    ReplyDelete

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...