SAHABAT

Monday, November 29, 2010

Sengih la kau

Cherita 1_Sape terer


Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.
Lalat pun pandai makan chewing gum


Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan"...
haha..kuang3!!




Cherita 2_The Apparatus


Donald Trump: Lah, kenapa kamu kalah?

Pak Lah: Saya pun kurang pasti, semua yang kami rancangkan berjalan  lancar. Mungkin pasukan lain mempunyai kelebihan dari segi idea dan  buah fikiran.

Donald Trump: Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam
kumpulan ini?

Pak Lah: Saya. Tetapi yang mencadangkan perkara tersebut ialah Samy Vellu.

Samy Vellu: Memang saya yang mencadangkannya tetapi saya pun tidak
tahu perkara akan jadi seperti ini.

Donald Trump: Tapi kamu telah membuat kesilapan yang besar. Siapa
yang bertanggungjawab dalam promosi? Saya melihat promosi kumpulan
kamu sangat teruk, sedangkan kumpulan lain menyasarkan kepada
pelanggan internet. Kamu hanya mempromosi di kaki lima.

Khairy: Saya yang menguruskan promosi.

Donald Trump: Apa pula tugas Najib?

Najib: Saya menguruskan jualan. Bagi saya jualan kami tidak
menyumbang kepada kekalahan tapi strategi pemasaran.

Donald Trump: Saya sangat kecewa dengan prestasi kerja kamu,
terutamanya kamu Samy Vellu. Tetapi sebagai pengurus projek, semua
tanggungjawab terletak di bahu kamu Lah. Apa pendapat kamu?

Pak Lah: Saya akuinya dan saya akan mempertingkatkan usaha saya dalam tugasan akan datang. Saya akan membuktikan yang saya akan menjadi perantis kamu.

Donald Trump: Baiklah, saya ingin kamu memilih 2 orang untuk dibawa ke bilik persidangan. Siapa yang kamu pilih?

Pak Lah: Najib dan Samy Vellu.

Donald Trump: Kamu pasti? Kenapa kamu tak memilih Khairy? Bukankah
Khairy juga melakukan kesalahan dengan pelan promosi yang kurang
memberangsangkan?

Pak Lah: Khairy lebih berusaha melakukan tugasannya dengan baik
berbanding Najib walaupun gagal.

Najib: Ye kenapa kamu memilih saya? Apa yang telah saya lakukan?

Pak Lah: Jualan sedikit disebabkan oleh kamu. Itu tidak dapat
dinafikan.

Najib: Jualan sedikit kerana promosi oleh Khairy yang tidak sesuai
dan tidak dapat menarik ramai pelanggan.

Donald Trump: Sudah, cukup! Lah, kamu tahu yang Khairy dan Samy Vellu lebih banyak melakukan kesalahan berbanding Najib. Tetapi kamu tidak memilih Samy Vellu. Terlalu banyak kesalahan kumpulan kamu minggu ni. Kamu tidak dapat memimpin dengan baik.

Pak Lah: Tapi..

Donald Trump: Lah, terlalu banyak kesilapan minggu ni.

Pak Lah: Tapi Tuan Donald... saya... 



Donald Trump: Lah... You're fired! Go!





Cherita 3_Cabut


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun,pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!" Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun nak kena cabut malam ni"



Mane satu nak cabut..

No comments:

Post a Comment

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...