SAHABAT

Tuesday, November 30, 2010

Sengih la kau_2

Cherita 4_Soalan





Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?" 

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada ditempat yang sama juga!". 

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu,Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan
Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan. 

Pengetua: Apa 3 x 3? 
Abu: 9 
Pengetua: Apa 6 x 6? 
Abu: 36 


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua,"Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?".Pengetua dan Abu bersetuju. 

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? 
Abu: (berfikir) Kaki 

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya? 
Abu: Saku 


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis
keputihan? 
Abu: Kelapa 

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit? 

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab. 


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum) 

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki? 

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab. 


Abu: Bersalaman 

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay? 
Abu: Baik Cikgu 

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. 


Abu: Khemah 


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu. 

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1. 


Abu: Cincin perkahwinan 


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega. 

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya. 


Abu: Hidung 

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya. 
Abu: Anak panah 

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? 
Abu: Okay 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement? 
Abu: Firetruck 

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand. 
Abu: Fork 


Cikgu Murni: What is it that all main have one of. It's longer on some main than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married? 
Abu: Surname 

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping? 
Abu: Heart 


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang
diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke
Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah". 


Poning ekau de buek nyo....kah3




P/s: Jika jawapan korang sume salah, korang adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning... ..hehehe

Monday, November 29, 2010

Sengih la kau

Cherita 1_Sape terer


Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.
Lalat pun pandai makan chewing gum


Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan"...
haha..kuang3!!




Cherita 2_The Apparatus


Donald Trump: Lah, kenapa kamu kalah?

Pak Lah: Saya pun kurang pasti, semua yang kami rancangkan berjalan  lancar. Mungkin pasukan lain mempunyai kelebihan dari segi idea dan  buah fikiran.

Donald Trump: Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam
kumpulan ini?

Pak Lah: Saya. Tetapi yang mencadangkan perkara tersebut ialah Samy Vellu.

Samy Vellu: Memang saya yang mencadangkannya tetapi saya pun tidak
tahu perkara akan jadi seperti ini.

Donald Trump: Tapi kamu telah membuat kesilapan yang besar. Siapa
yang bertanggungjawab dalam promosi? Saya melihat promosi kumpulan
kamu sangat teruk, sedangkan kumpulan lain menyasarkan kepada
pelanggan internet. Kamu hanya mempromosi di kaki lima.

Khairy: Saya yang menguruskan promosi.

Donald Trump: Apa pula tugas Najib?

Najib: Saya menguruskan jualan. Bagi saya jualan kami tidak
menyumbang kepada kekalahan tapi strategi pemasaran.

Donald Trump: Saya sangat kecewa dengan prestasi kerja kamu,
terutamanya kamu Samy Vellu. Tetapi sebagai pengurus projek, semua
tanggungjawab terletak di bahu kamu Lah. Apa pendapat kamu?

Pak Lah: Saya akuinya dan saya akan mempertingkatkan usaha saya dalam tugasan akan datang. Saya akan membuktikan yang saya akan menjadi perantis kamu.

Donald Trump: Baiklah, saya ingin kamu memilih 2 orang untuk dibawa ke bilik persidangan. Siapa yang kamu pilih?

Pak Lah: Najib dan Samy Vellu.

Donald Trump: Kamu pasti? Kenapa kamu tak memilih Khairy? Bukankah
Khairy juga melakukan kesalahan dengan pelan promosi yang kurang
memberangsangkan?

Pak Lah: Khairy lebih berusaha melakukan tugasannya dengan baik
berbanding Najib walaupun gagal.

Najib: Ye kenapa kamu memilih saya? Apa yang telah saya lakukan?

Pak Lah: Jualan sedikit disebabkan oleh kamu. Itu tidak dapat
dinafikan.

Najib: Jualan sedikit kerana promosi oleh Khairy yang tidak sesuai
dan tidak dapat menarik ramai pelanggan.

Donald Trump: Sudah, cukup! Lah, kamu tahu yang Khairy dan Samy Vellu lebih banyak melakukan kesalahan berbanding Najib. Tetapi kamu tidak memilih Samy Vellu. Terlalu banyak kesalahan kumpulan kamu minggu ni. Kamu tidak dapat memimpin dengan baik.

Pak Lah: Tapi..

Donald Trump: Lah, terlalu banyak kesilapan minggu ni.

Pak Lah: Tapi Tuan Donald... saya... 



Donald Trump: Lah... You're fired! Go!





Cherita 3_Cabut


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun,pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!" Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun nak kena cabut malam ni"



Mane satu nak cabut..

Sunday, November 28, 2010

TIDUR itu BAIK



Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


kalau dah tidur terlampau sangat sampai tak sembahyang 2 baik pegi mampus jerk..kan senang.. xpayah nak tambah dosa orang lain..sebab tiap mase nak kejut kau!!!

C'ntnue....Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja- pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)


Kalau kat ekzos bleh tido...agak2 pe??

Dah x sabar sangat da nieh...

Untung kalau jadi kucing...


Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa- rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.Sebab itulah aq suka tidur siang...kawan2 aq pun suka tidur siang, malam macam biase la berjaga duk depan lappy...hahahahaha..so pikir2 la sendiri..aq nie cume bagitau je..terpulang la kat korang nak amalkan ke atau x...

LIVE n TOUGH INDIE!!

PELITA

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami

Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah

Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini

Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi

Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah

Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

lagu oleh:LoQue
lirik oleh :LoQue
diterbitkan oleh:LoQue/Greg Henderson
A.P.I,sebuah kumpulan terdiri dari: Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers.


Bukan Ciplak ea....


Salam..tinggal seminggu je lagi nk abis zaman exam..dan di kesempatan itu secara selambanye aq teruskan rehat, tidow, dan online...hahaha...sambil2 2 update sane...update sini...biase la org abis exam awal...nak wat pe lagi...sambil 2 aq cari lagu2 yg wajib de dlm laptp aq nie...nie la salah satunye...Pelita..
dah lame sebenarnye aq dengar lagu nie...tapi tu la...x tahu tajuk..susah nk cari...kekadang 2 lupe...almaklum la..lame x dgr radio...dulu selalunye aq dgr lagu2 bergenre begini kat X-Fresh.Fm jerk...tu dulu la...mase sekolah menengah..zaman2 top-up mintak mak bapak...hahaha...sekarang dah de laptop. henset,  dan berbagai-bagai bentuk alatan elektronik yg mampu memainkan musik, secara langsung dapat la aq meluaskan pencarian aq tuk dgr indie song nie...

Ok..teruskan cherita....
so bile aq terdengar lagu nie balik..baru aq teringat nak cari pasal die punye background...sume vokalis yg nyanyi lagu nie sumenye dr band indie...Butterfingers. Hujan. Azlan n The Typewriter...manthap dah musik indie sekarang...semakin lama semakin ditherima masyarakat...dan semakin lame semakin dapat tempat...contohnya carta MUZIK2 yang baru nie...tgk la lagu yg pegi b'tanding..kebanyakannya lagu indie...sume lagu indie nie sebenarnya banyak mesej yg tersembunyi..kalau korang nak taw cuba la hayati betul2...baik yg keras atau yg slow...sume best...tapi aq paling suka band THE TIMES..sume lagu dia ade mesej2 yg tersembunyi...walaupun aq nie x banyak la sangat knowledge pasal indie..sikit2 2 taw jugak la....alah kalau korang nk taw sangat pun buka la internet...search jerk kat GOOGLE 2...konpem jumpe pnye...dari A sampai Z...taip je...ok...ape2 pun selamat beramal...cewah...zaijian!!

Thursday, November 25, 2010

Spektakular..

Aq dapat rasakan seakan jiwa ku entah kemana kubawa tanpa arah tuju sehingga aq secara tidak sengaja telah menghukum seseorang yang menyayangi aq...entah kenapa aq merasakan diri ini tidaklah sebagus orang laen pun...apa yang aq buat pun aq x taw..mungkin aq merasakn aq perlu menyendiri buat seketika..maafkan aq seandainya diriku membuatkan mu rasa tercampak entah kemana ataupun merasakn dirimu dipersia-siakan...mungkin kau dapat merasaknnya..tapi kau tidak kan dapat membaca apa yang bermain difikiran aq sebenarnya...dan tidak pula kau dapat tafsir..biarkan aq buat seketika ...biarkan aq berfikir tentang apa yang aq lakukan...bukannya aq nak kau jauh dari hidup aq...berikan aq masa untuk aq berfikir...adakah cara aq nie btul atau salah..ataupun aq sendiri  menyalahkan diri yg aq x taw dari mana silapnya...berbeza dari aq yg dulu aq semakin berani mengenali org laen..mencari sesuatu yg aq rasakan aq perlu buat...ya...memang pun perlu aq buat...terima kaseh sebab datang dalam hidup aq..aq akan cari kau semula...just wait...but dont blame u'rself...

SPEKTAKULAR
Terseru rasa jiwa-jiwa
Cinta buatan Malaysia
Imaginasi luar biasa
Kau bunuh cinta tak setiba

Hela nafas panjang mu
Sempat bunuh ego ku
Korus
Jangan kau takut
Jangan kau rayu
Jika kau benar
Kau spektakular
Terseru rasa jiwa-jiwa
Cinta buatan Malaysia
Mesin waktu selaju cahaya
Kau biduanita tak serupa
Hela nafas panjang mu
Sempat bunuh ego ku
by:The Times

Wednesday, November 24, 2010

bangunlah dari tidur...buka mata pandang kebuku...

come on la shah....tinggal 1 je la kertas exam 2....ko pegi la amek buku 2..
bukan jauh pun..lagipun ade dalam beg ko...
cepat la....weyh esok ko nk exam kn..ko x nk menatang kaler biru 2 ke??..
kalau ko nak baik ko g wat cepat..nanti senang ko nk jawab xde la ko nk tertoleh sane...tertoleh  sini...tengok blakang...tengok depan..
mesti ko pikir nk duk sebelah sape an...
2 la ko..nak blaja bahase org...tapi malas...baik ko cepat...xyah pikir2 dah...mase makin suntuk nie...cover balik ape yg ko blaja aritu....(mimpi pd kul 4.30 ptg-5.12 ptg td)...

tp aq x study pn....tgk buku pn da malas  asalkan taw basics2 sudah...asal lulus sudah la...x de mood la..sori la paper aq rase tdow n makan lagi penting sekarang...lagipun esok paper 2 ptg kort...so...aq rase banyak mase lagi kot...
tp sekarang aktiviti2 yg melemahkan 2 da kurang...kena banyak cover tuk cuti sem nie plaq...banyakkan bersenam untuk cergas kan badan n kurangkan berat...sekarang berat dah bertambah ...kalau boleh x bleh lebih dr 60kg+...fuh jgn la jadik lebih dari 2...baru 2 tahun...kalau dah 4 tahun camne???
bahaya2...lagipun kena cepat cover...so ble follow training...senang..x tercungap2..keh3..nanti mula la pikir balik...asal la aq x cover dulu2 lagi.....lantak aq la....hahhaha..

Monday, November 22, 2010

dari johor ke K.L

I'm JOHORIAN people


salam sepeninggalan....
<<SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA>>
aq pulang ke campus akhirnya...dan secara tidak langsung terpanggil utk meng'update' blogku...
cuti nie x banyak cerita...x same ngan cerita membe2 ku yg len..malas sebenarnye nk holiday jejauh nie...xde mood..tah la aq pn xtaw knape...sori la geng x dapat join korang...
tp cuti nie aq bnyak berehat, berehat....dan berehat,,..lepak ngan family..pets..hahha...best gaq la lame x wat cam2...biasenye jarang aq lakukan aktiviti seperti ini...
makan...pergh melebihkn setan...24jam aq makan jer pas2 tido...2hari berturut-turut..tp aq puas sebab sume mak aq yg masak...banyak kort...lagi2 time rayekorban ari2...pergh sedap...ayam masak kicap ...+ rendang daging...+ lodeh...
cuti nie asyik hujan jerk...sejak aq smpai kat kampung pg isnin da ujan...then selase ujan ag...nk kuar malas..xde projek pn sebenarnye...lg satu motor kat umah 2 asyik xde jerk...tp ok la...rehatkan badan secara berlebihan...
x sangka plaq sampai naik berat aq nieh...hahha...xpe leh cover balik..
sebenarnya aq da wat plan nak celebrate sumethin ngan family aq... ingat nk ajak jejalan kat bandar...pastu g celebrate...skali x sampai bandar...terus ke umah mak cik aq...so terpakse la g jugak... hajat x kesampaian...terpakse la extend...huhu..
tunggu la next holiday aq bwat kasi gempak punye...
terharu rasenye ngan adik aq sowng nieh...die pnye bagus siap wat sumething special tuk aq...credit 2 my NADIA..hahha...


Saturday, November 13, 2010

serabut,kalut,ribut...

haish mcm2 hal kt dunia nie...serabut x ingat...cam S**T, benda ade kate xde...bende xde kate ade...
aq x taw la pe nak jadi nie...sume 2 propaganda jerk lebih...sembang lebat .hahha...simpan wat senyap sudah la..x yah nk .jaja... merata2...aq xphm manusia sekarang nie..susah nk phm...

Sunday, November 07, 2010

seyes best..

seyes best hari nie...walaupun x hang-out tp aq rse heppy...pas wat keje aq tdow from 7 sampai 3.30..
tah la bg aq da cukup lame da 2...hahhaha...then lapar dapat makanan plaq an, sedap gaq rase masakkan mak orng nie...rindu aq nk makan masakan 2 lg....tp aq lagi rindu to my mom punya cooking..lebih sedap dari chef wan..kah3..
MAK SAPE LA NIE..??
hidup aq da macam burung antu da nie.."siang mengantuk malam berjaga,mencari ehem2 di mana ada..aq pn tdow berjam-jam la.."
..tp arinie banyak rest pn bleh dapat ganjaran lagi nasib baek light jerk bende 2...biase la mslh keluarga...o9 siblings first..
benda kecik ja pun tapi kalau orang da pikir salah..dia akan kate salah gaq benda 2..x boleh da nk ban2..admit je la yg buleh wat pn..sembang da lame pendam..asal la dulu x wat jerk..simpan wat pe an..
tp arinie pn cam esok gaq kort mungkin pagi len sket agend agendanye...huhu

Friday, November 05, 2010

peperangan 8/11

00ps..perang datag lg
...exam da dekat, 8/11 first paper....tp msh lg duk relax2..relax n tenang...tp skor hahhaa..
tp relax2 pn msh ade subjek yg aq rse cam killer gaq la an...kena study gaq sket2...nk wat camne...nk perfom kena la usaha sket an..usaha lebih...lebih...lebih...dan tdow...hahha..
lebih kurang camni la
2 la dulu msuk kelas tdow...pastu ponteng...dah menggelabah bru nk cr buku la...note la...pdan muke ko shahzniezarmx...hahha..

coretan tertunda

hi readers.
aq da pening smlm sbb sorng membe nie, aq x dpt nk update aqnye blog nie.tp nevermind la..aq x ksh pn sbnrnye...actlly aq nk crite sket psl aq pnye keceriaan sepnjg aq stay kt campus nie..aq heppy dapat sesuatu yg aq nk..walaupn bnyk masalah yg dtg tp aq msti relax..bt pe nk menggelabah an...mcm bodoh jerk nk post sne ...post sni...aq gembira n syukur sesngt sebb keluarga aq fhm keadaan aq..walaupun jauh dr keluarga..orng yg aq syg...n membe2 sekampung aq RINDU anda sume, tp aq still happening... xsbr nk enjoy holiday..
tentang bab cinta nie aq msh confuse..x taw la complicated sgt...aq syg die..cinta ,suke,,tp sbnrnye sume 2 x cukup untuk aq lafazkn...hahhaha..tp better late thn never la an...dengar lagu hey jude la...BEATLES

ONE MORE CLICKS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...